Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 12, 2023 @ 9:03pm

Lama Menyepi, Mawi Dedah Hampir Kehilangan Nyawa Akibat Sihir – “Saya Seolah-Olah Mati 15 Minit”

Penyanyi, pengarah dan penyampai radio, Mawi berkongsi situasi ngeri yang dihadapinya akibat daripada terkena sihir.

Memetik laporan Harian Metro, Mawi mendedahkan bahawa dia berdepan satu keadaan di mana dia seperti mati selama 15 minit dan keadaan itu membuatkan dirinya berasa insaf kerana hampir kehilangan nyawa yang berlaku tujuh tahun lalu.

“Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-oleh mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

“Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu.

“Saya memang tak ingat apa yang berlaku,” ceritanya.

Sehubungan itu, dia hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan dan berasa trauma.

“Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.

“Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal.

“Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Ekoran situasi yang dihadapinya, dia terpaksa ‘mendiamkan diri’ buat sementara waktu dan tidak mengesyaki mana-mana pihak yang membuat kerja sihir itu malah, memilih untuk memperbaiki diri sendiri.

“Saya tetap menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terhadap sihir dan juga perkara ghaib. Kita tak tahu dan saya pun tidak pernah menuduh. Jujurnya, saya bersyukur Allah beri saya rasa semua itu dan saya akui semua itu menginsafkan saya.

“Sihir ini wujud, jadi kita sentiasa beringat. Selain solat sunat dan membaca Al-Quran, amalkan zikir seperti Asmaul Husna, Allah ada 99 nama, satu hari kita sebut satu nama berulang-ulang pun sudah memadai,” nasihatnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

so, nak masuk tahun 2020 ni jangan buat spekulasi lagi okay!

Trending Sun, 22 Apr 2018

一家五口拍全家福「寿司全家福」照萌到融化

几场恋爱失利后,使你变成一个不婚主义的人吗?看完了这个IG帐号,保证绝对会大改观!国外一家五口的小家庭,常常PO出超幸福的全家福照,画面溢出满满的爱,让人都好想结婚、组成自己的家庭。

Hiburan Sun, 2 Jun 2024
Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

“Sayang, Itu Anak You Ke Anak Bergson?” – Gelagat Putera Sulung Eyra Hazali & Pemain JDT Curi Tumpuan

Anak pertama kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sering mencuri tumpuan netizen kerana kecomelannya. Kali ini, Hayder mencairkan hati ramai dengan gelagat mesranya bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira da Silva. Menerusi […]

Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Wed, 26 Aug 2020
error: Content is protected !!