Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 17, 2022 @ 5:51am

#JusticeForBella: TMJ Perjuang Nasib Bella, Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma – “Saya Telah Berhubung & Berbincang Dengan…”

Kes penderaan remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella mendapat liputan meluas dan meraih perhatian ramai pihak.

Orang ramai turut sama bersimpati dan berharap kes #JusticeForBella mendapat keadilan sewajarnya.

Terbaharu, kes terbabit mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi ciapan TMJ di laman Twitter rasminya, beliau menawarkan perkhidmatan peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief).

TMJ juga akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung perkara terbabit.

Terdahulu, isteri TMJ, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam akan melakukan yang terbaik dan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan dan menuntut keadilan buat Bella.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Muak Dan Bosan Dengan Pengecut Ini!’- Che Puan Khaleeda Tampil Pertahan #JusticeForBella

Terdahulu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan, menganiaya dan mencederakan Bella.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Sat, 1 Jan 2022

“Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil” – Busana Serba Putih SFMM36 Dikritik, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Aina Abdul

Pereka fesyen Masyadi Mansoor yang menghasilkan busana penyanyi Aina Abdul di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) mengakui dirinya mendapat inspirasi daripada katil. Seperti biasa, baju yang digayakan Aina ketika membawakan lagu Sepi mendapat pelbagai […]

Trending Mon, 19 Apr 2021

Bantuan RM300 Buat Pemandu Kereta Sewa

Berita baik buat pemandu kereta sewa yang terkesan…

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Featured Tue, 27 May 2025

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Inteam terharu jualan tiket habis terjual. Tukar lokasi lebih besar untuk peminat.

error: Content is protected !!