Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 19, 2023 @ 4:30pm

“Saya Mungkin Akan Memaafkan Tapi…” – Isteri Hafidz Roshdi Jawab Permohonan Maaf Athira Yuhada, Serah Semua Kepada Peguam

Selepas wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri, Athira Yuhada membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri dan anak-anak, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Kini, isteri Hafidz iaitu Nur Shuhada Mat Shukri tampil membalas permohonan maaf tersebut di media sosial selepas membuka akaun Instagramnya kepada umum.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuhada memuat naik sekeping foto yang memaparkan dua cahaya matanya berserta kenyataan panjang di ruangan kapsyen.

Menurut Shuhada, terdapat perkara yang mengelirukan yang dibuat oleh Athira dalam kenyataan semalam sehingga menyalahkan individu lain.

“Waalaikumsalam dan terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain.

“Terdapat beberapa maklumat yang mengelirukan yang perlu saya bantah,” tulisnya.

Jelas Shuhada, dia mendedahkan Hafidz dan Athira telah berhubung sehingga Januari lalu bukan seperti yang dinyatakan Athira iaitu sudah tidak berhubung.

“Anda berdua telah menghubungi satu sama lain sehingga 25 Jan 2023 yang hanya beberapa minggu lalu.

“Kenyataan ini adalah mengikut semua bukti yang saya saksikan sendiri, saya mempunyai semua hak untuk memaparkannya kepada orang ramai untuk melindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam saya untuk cara yang betul dan beradab untuk menangani perkara ini.

“Saya nasihatkan untuk tidak menyalahkan Hafidz sahaja kerana anda tahu itu bukan benar, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

“You yourself know how rapid relationship korang bergerak kan? katanya jumpa pada sekian sekian waktu tapi tiba tiba… 9 years kena try? Woww hebatnya you di kejari,” dedah Shuhada.

Tambah Shuhada, episod hitam yang dilaluinya ini bukan mudah untuk dilupakan biarpun akan memaafkan malah mempersoalkan sifat empati sesama wanita kerana mengkhianati.

“Perkara yang you buat bukan mudah i nak maafkan but Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan, saya mungkin akan memaafkan tapi saya tak akan lupa.

“You sendiri cakap you simpati dengan keadaan kesihatan mental Hafidz?  You tak ada rasa empati dekat golongan wanita yang dikhianati and anak anak yang tak berdosa? Takkan selama you buat dah bertahun ni takda rasa bersalah as perempuan kan?,”luahnya.

Akui keluarganya turut terkena tempias, Shuhada berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan berharap tuhan akan yang menentukan sebaiknya.

“I taknak panjangkan this issues, cukup lah di media sosial, i need time to console my kids and families, semua malu dan terpalit but again thank you for everything you have done to me and my kids, may Allah mengadili sebaiknya Insya-Allah.

“Have a good day, Athira Yuhada,” tutupnya.

Minggu ini kecoh di media sosial apabila isteri Hafidz Roshdi, Nur Shuhada membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kapsyen Berbaur Sindiran, Peminat Serang Instagram Hafidz Roshdi.. Netizen Komen: “Kesian, Tak Rasa Bersalah Langsung”

Sehingga kini, belum ada kenyataan mahupun penjelasan oleh Hafidz mengenai kontroversi ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Acara Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Belum Mati Nak Warisi Hak Saya !

Perselisihan faham antara Asyraf Mazlan dan Wak Doyok masih belum selesai kini timbul pasal menuntut hak-hak terutama sekali jenama Wak Doyok

Featured Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[Foto] “2 Bulan Je Kenal Tapi..” Tasha Shilla Kini Sah Bertunang Dengan Ahli Kewangan

Wah, berseri-seri nampaknya Tasha Shilla.. Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan pelakon Tasha Shilla. Terbaru, pelakon yang berusia 33 tahun itu kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli kewangan berusia 33 tahun. […]

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Penampilan S*ksi & ‘Bertatu’ Dalam Foto Cover Single ‘Pernah Mati-Matian’, Syafeek Ikhwan Undang Kontroversi

Visual promosi lagu baharu Syafeek Ikhwan tanpa berbaju, bertatu dan dalam tab mandi mencetuskan kontroversi.

Drama Thu, 23 Oct 2025

Tampil Elemen Melodrama & Thriller, Erma Fatima Kupas Sisi Gelap Cinta Dan Obsesi Dalam ‘Toksik Cinta’

Erma mengupas batas antara cinta dan obsesi, serta bagaimana keinginan untuk memiliki boleh bertukar menjadi racun yang memusnahkan.

error: Content is protected !!