Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 16, 2023 @ 8:00pm

Kongsi Kapsyen Berbaur Sindiran, Peminat Serang Instagram Hafidz Roshdi.. Netizen Komen: “Kesian, Tak Rasa Bersalah Langsung”

Nama pelakon Hafidz Roshdi hari ini panas apabila terpalit dengan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri.

Ternyata Hafidz menjadi sasaran amarah netizen, apabila akaun Instagramnya diserang netizen apabila Nur Shuhada membuat perkongsian mengenai status terkini rumah tangga mereka, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Terkini, tidak berdiam diri, Hafidz tampil mengejutkan ramai apabila membuat satu perkongsian di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hafidz Roshdi memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang bergambar sambil menunjukkan jari ke bawah.

Lebih mengejutkan, Hafidz turut menulis kapsyen yang berbaur sindiran kepada netizen yang meyerang instagram miliknya.

“Tengah komen kat bawah ke tu?,” tulis Hafidz di ruangan kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian pelakon itu telah mendapat hampir 400 komen biarpun tidak sampai 30 minit hantaran itu dibuat.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen bertindak untuk menyelar tindakan Hafidz dan menganggap dia seolah-olah tidak bersalah atas apa yang melanda diri dan rumah tangganya.

Lebih panas, pelbagai kata-kata makian turut dilemparkan netizen kepada Hafidz selepas mendapat tahu dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya.

Terdahulu, Nor Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Difitnah Curang & Hantar Mesej Lucah, Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Saman?

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2026
Hiburan Tue, 30 Sep 2025
Eat Travel Mon, 30 Mar 2020

Makan hatinya tengok Adele sekarang, jom cuba sirtfood diet

Hilang 3 kilogram dalam masa seminggu.

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah Nabil Ahmad – Dinobat Pengacara Terbaik Asia

Tahniah buat Nabil dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA)

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Featured Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?

Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Being Compared to Kaer Intimidates Megat Mentor 7

Hoping for the best in his singing!

error: Content is protected !!