Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 12, 2024 @ 10:52pm

Amelia Henderson, Aedy Ashraf Kini Kawan, Dah Tak Rapat Macam Dulu – “Mungkin ‘Timing’ Tu Tak Sesuai”

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjelaskan hubungan cintanya bersama aktor kacak, Aedy Ashraf kini sudah terlerai dan kini hanyalah sekadar rakan.

Menurut Amelia, hubungan dia dan Aedy kini tidak seakrab dahulu namun tetap mendoakan yang terbaik buat aktor tersebut.

“Saya dengan Aedy kawan, kita tak rapat macam dulu, kita dah kawan daripada jauh sebab mungkin ‘timing’ itu tidak sesuai.

“Apa-apa pun kami kini dengan haluan yang berbeza, tiada apa yang boleh saya ulas dan dia seorang pelakon yang hebat, saya ucapkan yang terbaik untuk dia.

“Kami okey saja, dan saya sayangkan dia sangat seperti yang semua tahu, dan dia juga akan rasa perkara yang sama terhadap saya.

“Tiada apa lagi selain sokongan, good vibes dan sometimes things end but not for dramatic reasons, cuma masa itu tidak bersesuaian,” jelasnya.

Tambah Amelia lagi, dia dan Aedy saling menghormati antara satu sama lain dan kini mahu memberi tumpuan kepada kerjaya.

“Kami tak berikan sebarang kenyataan kerana kami mahu hormat antara satu sama lain.

“Apa-apa pun kami sentiasa hormat sesama sendiri. Itu sahaja yang saya boleh cakapkan.

“Kami juga sedang fokus dengan kerja masing-masing,” jelasnya lagi.

Terdahulu, hubungan cinta Aedy bersama Amelia mula mekar selepas bergandingan dalam drama Kisah Cinta Kita.

Malah, tular juga sebuah video apabila aktor tersebut melamar Amelia sebagai kekasih di sebuah acara tahun lalu.

Hubungan cinta mereka juga pernah putus di tengah jalan namun kembali bertaut rapat selepas setahun tidak berjumpa dan bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Muat Naik Foto & Puji Amelia Henderson, Aedy Ashraf Nafi Cemburu – “Saya Dengan Dia Macam Adik Abang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sentiasa Ada Untuk Saya, Begitu Juga…” – Selepas Setahun, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

ARTIKEL BERKAITAN: Peribadi Baik Punca Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson, Akui Lebih Tenang & Selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Oct 2020
Trending Tue, 29 May 2018

You Probably Didn’t Know These 7 Brands are Malaysian

Time to get to know our local scene better.

Trending Sun, 7 Nov 2021

Episod Pertama Lagu Cinta Kita 3 Raih 3 Juta Penonton!

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) telah membuka tirai dengan episod pertama pada 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen). Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 […]

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

LIFESTYLE Tue, 23 Jul 2019

Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Jangan Bawa Watak Khuzairi In Real Life!”- Netizen Terhibur Tya Adnan Usik Shukri Yahaya Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Alamak! Hahaha comel je ek perangai mereka berdua ni. Manja betul Shukri Yahaya dengan Tya Adnan

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Ayash Dah Nak Jadi Abang Ke Ni?- Netizen Spekulasi, Watie Hanifiah Kini Hamil… Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

Penampilan Watie itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia mungkin kini sedang hamil.

Featured Sun, 18 Dec 2022
error: Content is protected !!