Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 7, 2024 @ 11:38am

Peribadi Baik Punca Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson, Akui Lebih Tenang & Selamat

Pelakon Aedy Ashraf tampil berkongsi asbab utama dia tertarik dengan aktres jelita Amelia Henderson.

Menurut Aedy, selain mempunyai kecantikan luaran, Amelia turut memiliki peribadi yang baik serta mampu membuatnya berasa tenang dan selamat.

“Dia (Amelia) sentiasa buat saya rasa selamat dan tenang. Dari sudut cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat cantik. Tetapi kecantikan itu pada akhirnya akan berubah apabila sudah tua.

“Namun sifat baik yang ada pada seseorang itu akan kekal. Apa yang buat dia nampak kuat adalah personaliti dan peribadi yang baik ada pada Amelia.

“Semua orang harus fikir fasal perkara sama, kecantikan luar memang tidak akan kekal. Kecantikan dalaman yang penting,” katanya.

Memetik laporan OhBulan!,  Aedy turut meluahkan rasa syukur kerana setakat ini hubungan mereka tidak pernah diganggu oleh mana-mana pihak.

“Buat masa ini tiada pihak yang cuba menganggu hubungan kami ini. Kerana kami berdua meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

“Bukan saya sahaja kepercayaan antara kekasih, tetapi kepercayaan sebagai sahabat.” jelasnya.

Meskipun kerap diajukan soalan yang sama, Aedy mengakui dia tidak pernah berasa rimas untuk menjelaskan hubungannya bersama Amelia.

Sumber: OhBulan!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Saya Cuma Buat-Buat Okay” – Tak Boleh Tipu Diri Sendiri, Kamal Adli Akui ‘Koyak’

Kamal Adli kini masih dalam proses untuk memulihkan emosi.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 17 Aug 2020
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Mon, 30 Dec 2024
error: Content is protected !!