Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 1, 2023 @ 3:50pm

“Dia Sentiasa Ada Untuk Saya, Begitu Juga…” – Selepas Setahun, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kini semakin rapat bersama seakan-akan hubungan mereka kembali bertaut semula.

Mendapatkan penjelasan tuan badan sendiri, Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi memaklumkan dia dan Amelia sangat selesa bersama.

Difahamkan, hubungan Aedy dan Amelia kembali bertaut rapat selepas setahun tidak berjumpa dan bekerjasama.

“Amelia sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.

“Saya sangat selesa dengan Amelia. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” kongsi Aedy.

Aedy dan Amelia ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini dan Hotel Shangri-La pada Jumaat.

Tambah Aedy, dia tidak mahu meletakkan harapan terhadap peminatnya namun dia benar-benar yakin dengan hubungannya bersama Amelia.

“Saya tak nak buat sesuatu kerana peminat suruh atau sebagainya. Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betul.

“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih pula. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berharap hubungannya bersama Aedy akan sentiasa kekal biarpun sebagai rakan karib.

“Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.

“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan Aedy dan Amelia kelihatan mesra bersama dalam satu sesi fotografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra Photoshoot Bersama, Ramai Sokong Amelia Henderson & Aedy Ashraf ‘Getback’ – “Finally Double A Together!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jun 2025
Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Trending Sun, 24 Feb 2019

美貌不过就是张皮囊!怪诞「鲜肉」照挑战你的审美观

在超市购买盒装的肉品时,你是不是也会拿起来审视一下肉的颜色是否鲜红,咦?这样「挑肉」是不是有点像我们在上传自拍照时,总会拍个N百次……

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Trending Thu, 17 Sep 2020

Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Semoga yang baik-baik sahaja buat abang Fedtri Yahya

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

error: Content is protected !!