Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 12, 2023 @ 11:14am

Olimpik Paris Dah Nak Dekat… Jiggy Masin Nak Ikut Nur Dhabitah Pergi Training, Tak Sanggup Kena Tinggal Berbulan-Bulan

Pasangan sama cantik sama padan iaitu selebriti Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sekali lagi menjadi tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram radio Hot FM, Jiggy dan Dhabitah ditemu bual oleh penyampai-penyampai radio Hot FM menerusi segmen Bekpes Hot, baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, penyampai radio AG bertanyakan Jiggy berapa bulankah dia akan ditinggal Dhabitah untuk persiapan menjelang sukan Olimpik di Paris pada 2024.

“Haa ni Jiggy Olimpik dah dekat juga ni, so berapa bulan pula kena tinggal?

“Berapa bulan Bitah?,” soal AG.

Jawab Jiggy, dia cuma memaklumkan lebih kurang dua bulan dia akan ditinggalkan isterinya itu untuk membuat latihan di luar negara.

Malah, dia juga tidak tahu berapa lamakah Dhabitah akan membuat latihan di luar negara untuk sukan Olimpik di Paris kelak.

“Tak tahu kalau campur… kalau kata dia kena ke China lagi untuk ‘training’ selalunya dua bulan.

“Dua tiga bulan dia akan pergi ‘training’ dulu macam yang recently ni dia pergi 45 hari. Kemudian dia attend event itu tiga empat hari je.

“Asian games ni lagi lama berbanding World Champ.. So untuk Olimpik di Paris ni kita tak tahu berapa lama,” ujar Jiggy.

Soal AG lagi, dia bertanyakan apakah Jiggy sudah bersedia fizikal dan mental sekiranya ditinggal Dhabitah dalam tempoh yang lama. Ini jawapan lelaki yang bertakhta di hati Dhabitah.

“Tak nak… nak ikut!,” jawab Jiggy pantas.

Apa yang menarik, reaksi pantas Jiggy tersebut turut membuat penyampai-penyampai radio terhibur.

Sukan Asia Hangzhou 2022 menyaksikan Nur Dhabitah berjaya merangkul pingat perak acara 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng dan meraih gangsa bersama Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama.

Terdahulu, Jiggy mengakui memahami tuntutan kerja isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.

Malah, Jiggy turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya itu agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaan Dhabitah disisi.

Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah Sabri sah bergelar suami isteri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Terbang Ke Luar Negara & Takut Dengar Kes Rumah Tangga, Nur Dhabitah Beri ‘Pesanan’ Pada Jiggy Masin

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Hiburan Tue, 15 May 2018

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu. Hurm… belum cuba belum tahu kan?

Featured Thu, 25 Jul 2024

Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk pasangan ini😎✌️

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Ella Kembali Gegar Stadium Nasional, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Bakal Jadi Konsert Rakyat Penuh Makna!

Ella Kembali Gegar Stadiuam Nasional, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen berlangsung pada 14 Februari

Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

error: Content is protected !!