Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2024 @ 7:40pm

Tampilkan Fauziah Ahmad Daud & Ramai Pelakon Berbakat, Pementasan Teater Di Sebalik Topeng Ketengahkan Isu Kesihatan Mental

Teater Di Sebalik Topeng yang bakal diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2024, jam 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP akan menampilkan tema kesihatan mental dan penebusan diri.

Diterbitkan oleh syarikat milik pelakon legenda, Fauziah Ahmad Daud, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, teater ini dibawakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta mendapat sokongan daripada geran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Teater ini diarahkan oleh pengarah berbakat Zainorhisyam Samudin yang terkenal dengan karya-karya dramatik yang menyentuh hati dan memberikan impak mendalam kepada penonton.

Menurut Fauziah atau mesra disapa Ogy, teater ini merupakan satu refleksi tentang cabaran kehidupan yang sering dihadapi oleh ramai individu dalam masyarakat.

“Teater ini bukan sekadar hiburan, ia adalah satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

“Setiap watak yang dipersembahkan dalam Di Sebalik Topeng melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” kata Ogy.

Teater Di Sebalik Topeng ini bakal membawa penonton menyelami kisah seorang wanita yang bergelut dengan masalah kesihatan mental, yang mendapati dirinya terperangkap dalam konflik emosi yang mendalam.

Melalui sesi terapi kumpulan, wanita ini tidak bersendirian, tetapi ditemani oleh beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan beban hidup masing-masing.

Teater ini menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan untuk menyingkap kisah setiap watak yang penuh dengan rahsia. Dalam terapi tersebut, topeng-topeng yang dipakai oleh setiap individu mulai tertanggal, mendedahkan perasaan dan pengalaman yang telah lama terpendam.

Penonton akan menyaksikan bagaimana watak-watak ini berusaha untuk menghadapi kebenaran hidup dan mengakui kesilapan yang telah mereka lakukan.

Tema kesihatan mental yang diketengahkan dalam pementasan ini adalah isu yang amat relevan pada masa kini. Kesihatan mental sering kali dianggap tabu, tetapi melalui Di Sebalik Topeng, penonton akan diingatkan tentang pentingnya untuk mencari bantuan dan memahami bahawa kesakitan emosi adalah sebahagian daripada kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.

Fauziah turut menekankan bahawa pementasan ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.

“Saya ingin penonton merasakan bahawa mereka tidak bersendirian dalam apa yang mereka hadapi. Setiap daripada kita, pada satu ketika, memakai topeng untuk melindungi diri. Tetapi dalam mencari kedamaian, kita perlu belajar untuk membuka topeng itu dan menerima diri kita yang sebenar,”jelas Ogy.

Dalam pada itu, pengarah Zainorhisyam Samudin turut menyatakan bahawa dia teruja untuk bekerja dalam projek ini kerana ia menawarkan dimensi baru dalam penceritaan teater tempatan.

“Ini adalah satu pementasan yang tidak hanya menghiburkan, tetapi juga mendidik. Melalui watak-watak yang kelihatan rapuh, kita dapat melihat kekuatan yang luar biasa dalam diri setiap individu untuk bangkit daripada kegelapan,” kata Zainorhisyam.

Pementasan teater ini juga menampilkan lakonan Ogy serta bantuan beberapa pelakon lain seperti Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.

Tidak hanya memberikan persembahan mantap, malah gabungan elemen-elemen dramatik, konflik emosi, serta penyampaian lakonan yang penuh perasaan menjanjikan pengalaman teater yang tidak mudah dilupakan.

Selain memberikan hiburan berkualiti, teater ini juga membuka ruang perbincangan tentang isu-isu sosial yang sering kali dipinggirkan, terutamanya mengenai kesihatan mental.

Penonton akan dibawa masuk ke dalam dunia watak-watak yang terjebak dalam masa lalu, cuba melepaskan diri dari belenggu yang menyakitkan, dan mencari jalan menuju penebusan.

Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.

Kredit foto: Unit Foto DPB / Adib Zulkifli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Aug 2021
Featured Tue, 25 Nov 2025

Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

Cik B sentuh hati ramai selepas memuat naik kapsyen ringkas pada video tersebut.

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Tue, 16 Nov 2021

“Budak Tu Elok Je Dok Guling, Sekali…” – Video Anjing Kejar Budak Viral Di Tiktok

Sebuah klip video memaparkan seekor anjing jenis Corgi yang tidak diikat dengan tali berlari ke arah seorang budak perempuan viral di aplikasi TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @queeniejasia, berkongsi mengenai […]

Trending Mon, 2 Nov 2020
Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Dilabel ‘Makcik Bawang’?

Haa, nak tahu favourite spot Sajat kat mana? Dan, apa pula yang di’bawangkan’ oleh Sajat dan rakan-rakannya? Kenalah tunggu episod seterusnya dalam Nur Sajat Rated Xtra!

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Neelofa’s Trip to Maldives Turns Out to Be Sponsored

How cool would it be to live Neelofa’s life right now.

error: Content is protected !!