Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 20, 2022 @ 11:31pm

Dihentam Teruk Gara-Gara Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Tampil Mohon Maaf – “Saya Tiada Niat Sakitkan Hati Orang”

Sebelum ini, pengacara Hawa Rizwana menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada warganet mengenai pakaiannya yang dikatakan terlalu ketat serta tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Tidak cepat melatah, Hawa Rizwana tampil memberi penjelasan sekaligus memohon maaf kepada orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk sakitkan hati mana-mana pihak dan dia menerima baik komen yang diberikan.

“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.

“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi, saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.

“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” jelasnya kepada Harian Metro.

Kongsi Hawa, dia akan menapis dengan meminta pandangan orang terdekat sebelum setiap foto tersebut dimuat naik di laman sosial.

“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.

“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” tuturnya.

Artikel Berkaitan: “Ketat Sangat Tu Sis” – Netizen Tegur Penampilan Hawa Rizwana

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Tak Bayar Bil Elektrik 5 Bulan?

Mereka sekeluarga tidur bertemankan lilin tetapi ini adalah satu pengalaman kata Hanis

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Tiada Anak Alasan Berpisah, Deja Moss Reda

Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47.  Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!