Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 5, 2023 @ 10:48am

Qi Razali Dedah Kejayaan Konsert OAG Bawa Kerugian, Pesanan Arwah Bapa Terpahat Dalam Ingatan – “Aku Tak Dapat Apa Pun”

Bekas pemain drum OAG, Qi Razali tampil mendedahkan dirinya tidak mendapat sebarang bayaran dari hasil kejayaan Konsert 30 Tahun Generasiku yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Qi menerusi satu ciapan ringkas di Twitter sebelum ia dipadam, semalam.

“Bagi menjawab persoalan, aku tak dapat apa pun main concert haritu. Not one cent,” tulisnya.

Enggan mendedahkan kenyataan tersebut ditujukan kepada siapa, Qi turut menyatakan rasa sedihnya apabila nasibnya tidak dibela biarpun sudah melakukan sehabis baik ketika konsert berlangsung.

“Aku tak tahu. Aku usaha push concert sehabis baik dah. Aku all out kot. Sedih juga tapi takda siapa nak bela nasib band members.  Tu lah jadinya,” katanya.

Sebelum ini, vokalis kumpulan tersebut, Radhi mendedahkan bahawa penganjuran konsert tersebut telah mengalami kerugian sehingga terpaksa berhutang dengan ah long.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert OAG Rugi, Radhi Dedah Terpaksa Berhutang Dengan Ah Long – “Tiket Pun Banyak Kita Giveaway”

Dalam pada itu, Qi turut terkenang akan pesanan arwah bapanya, Muhammad Razali Abdullah yang berharap agar dirinya tidak tertipu lagi selepas nekad untuk beraksi di konsert tersebut.

Biarpun tersinggung, Qi tetap meneruskan hasratnya dan mengharapkan hasil pulangan daripada konsert tersebut dapat melunaskan hajatnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah.

Namun, dia turut meluahkan rasa sebaknya apabila hajatnya itu tidak kesampaian apabila bapanya telah meninggal dunia, pada 26 September yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “That Sh*t Is Just Low” – Qi Razali Akui Malu Bekas Teman Wanita Kantoi Mengorat Kawan Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Bukan Berkawan Baru 3 Hari…” – Qi Razali Umum Keluar OAG, Percaya Radhi Boleh Kendali

ARTIKEL BERKAITAN: “Okay, Enough OAG.. Q Is Me Again,” – Konsert 30 Generasiku Persembahan Terakhir Qi Razali

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Lan Solo Berhadapan ‘Anak Bawang’

Nasib baiklah bekas vokalis kumpulan Kristal ini memahami dan tidak menyalahkan mereka atas alasan fikiran kanak-kanak berkenaan masih belum matang.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkannya…

error: Content is protected !!