Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 24, 2023 @ 2:40pm

Konsert OAG Rugi, Radhi Dedah Terpaksa Berhutang Dengan Ah Long – “Tiket Pun Banyak Kita Giveaway”

Vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan bahawa penganjuran Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Disember lalu mengalami kerugian.

Menurut Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali memberitahu mereka menjayakan konsert tersebut demi peminat biarpun tiket tidak terjual.

“Bayangkan dua bulan sebelum konsert kami buat promosi tapi tiket tak terjual. Sebenarnya tiket banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara ini, orang ingat tiket terjual tapi tidak.

“Ketika dapat tawaran, saya beritahu tak mahu lakukan kerana kami tiada masa tetapi disebabkan peminat, kami buat juga. Ia satu cabaran buat saya ketika itu.

“Kami juga buat konsert dalam keadaan bajet tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu. Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharu membantu, Alhamdulillah,” ujar Radhi.

Radhi ditemui pada tayangan khas filem dokumentari berjudul Pekik di FINAS, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Radhi, dia mendakwa pihak penganjur terpaksa meminjam pada ah long bagi tujuan kos persiapan konsert.

“Pada jam 3 petang hari konsert itu, kami tak dapat siapkan pentas kerana tak cukup duit. Penganjur tanya saya bagaimana dan mereka memberitahu akan pinjam dengan ah long. Saya cakap ia bukan idea yang baik.

“Untuk pengetahuan, pada hari itu juga ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa RM50,000 dan tiket pun banyak kita giveaway (beri percuma),” dakwanya.

Mengulas mengenai pengunduran anggotanya iaitu Qi Razali, Radhi menafikan bahawa terdapat persengketaan ataupun perselisihan faham antara mereka.

“Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi.

“Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kami tak gaduh pun. Kami baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kami tak ada masalah, aman sahaja.

“Cuma apa yang berlaku ketika itu adalah sangat kritikal kerana promosi dijalankan dalam tempoh dua bulan sebelum konsert. Tiba-tiba Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Tiket tak terjual.

“Dalam kepala Qi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menepati apa yang diharapkannya,” jelas Radhi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Berat Badan Cecah 75 KG, Penampilan Langsing Enot Raih Pujian!

Enot amalkan sauna dan bersenam, berat badan kini 75 kg

Events Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

The New SBS Inkigayo MCs’ Visuals are Perfection Made True

Visuals; tens, tens, tens across the board!

Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Subhanallah…Alunan Suara Neelofa Mengaji Al-Quran Di Aplikasi Muslim Pro

Alhamdulillah…Makna By Lofa bakal bantu muslim di luar sana untuk memahami maksud bacaan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Featured Thu, 21 Apr 2022

Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Wah! Bestnya Zul Ariffin bagi birthday present…

Fab Foodies! Wed, 13 Mar 2019

Check Out the Latest Rooftop Bar & Lounge in with a Breathtaking View of Kuala Lumpur

It’s the newest place to check out for a lovely evening with a breathtaking view of the city.

Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Fri, 10 Feb 2023
error: Content is protected !!