Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 15, 2025 @ 9:49am

Luah Rasa Syukur, Aina Abdul ‘Sapu’ Pencalonan Terbanyak Di AIM24 – “Kali Pertama Buat Saya & Saya Impi Nak Pegang Award Tu”

Penyanyi popular, Aina Abdul meluahkan rasa syukur dan teruja apabila menjadi artis yang meraih pencalonan terbanyak iaitu 9 pencalonan dalam lapan kategori di Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) yang bakal diadakan pada 13 September depan.

Kata Aina, meskipun ini merupakan kali pertama dia menyertai AIM, dia bagaimanapun teruja dan berasa terharu apabila penyertaan yang dihantarnya menerusi album Imaji dan Imaji Deluxe Editon menerima pencalonan terbanyak.

“Saya terkejut kerana ini adalah pencalonan pertama saya dan saya rasa macam a bit speechless and overwhelmed sebab kita hantar pernyertaan hampir semua kategori kita hantar yang mana nak sangkut tu kita berserah pada Allah. Mana yang dapat,  dan mana yang tak dapat tak apa.

“Jadi saya rasa happy, rasa tak sangka  dua-dua version yang saya hantar dapat tempat. Album Imaji dan Imaji Deluxe Edition,” katanya.

Aina berkongsi  mengenai perkara itu ketika ditemui usai majlis Pengumuman Top 5 AIM24 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Puas Sudah itu menjelaskan, AIM adalah anugerah ikonik yang sudah lama diimpikannya.

“Saya memang dah lama mengimpikan, saya nak rasa sebenarnya pegang award tu juga sebab apabila saya kerja dengan sifu saya contoh abang Ajai, saya nampak banyak trofi anugerah AIM.

“Jadi saya rasa anugerah ini sangat ikonik terutamanya kepada penulis lagu, orang -orang belakang tabir jadi saya sangat happy, alhamdulillah,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Aina turut menitipkan ucapan penghargaan buat pasukan dan peminatnya kerana tidak pernah putus memberikan sokongan  terhadap perjalanan kariernya.

“Saya rasa berkat kerja keras team saya juga yang push album itu dan peminat saya. Kerana, saya percaya album itu tidak boleh bernyawa selama ini kalau tanpa jasa peminat-peminat saya dan Imaji album release pada 25 Oktober 2023 dan Imaji Deluxe Edition (25 Oktober 2024) jadi lama perjalanan Imaji ni.

“Dan lagu-lagu dalam Imaji ini dibuat ketika saya di kolej lagi, ada dua atau tiga… dan ada juga lagu-lagu baru ditahun itu juga. Prosesnya lama dan kalau bukan kerana jasa peminat saya yang keep on sharing the song mungkin juri-juri pun tak terasa bahang Imaji tu. I owed this to my fans,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai harapannya untuk kategori yang dipertandingkan, anak muda berusia 31 tahun itu bagaimanapun sekadar meluahkan rasa tidak percaya kerana mampu tersenarai dalam Kategori Album Terbaik bersama dengan dua figura hebat dalam bidang nyanyian iaitu Dayang Nurfaizah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya tak berani nak cakap kategori mana yang saya yakin. Kalau anda tengok semua top sahaja sangat hebat yang saya paling tak sangka adalah Kategori Album Terbaik sebab dua nama yang dicalonkan juga adalah Dayang Nurfaizah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Itu adalah dua nama yang saya membesar melihat mereka memenangi AIM dan saya paling baru dekat situ dan itu yang membuatkan saya tak sangka antara semua kategori,” ujarnya.

Untuk info, Aina sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam industri apabila namanya tersenarai untuk pelbagai kategori di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Antara kategori yang menyaksikan pencalonannya termasuk, Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Kulit Single/Album Terbaik, Album Terbaik serta Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

Bukan itu saja, Aina turut dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama.

Untuk kategori Vokal Wanita Terbaik, penyanyi bersuara lantang ini bakal berentap dengan nama-nama besar seperti, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Marsha Milan dan Ernie Zakri.

Menariknya, selain Aina, Dayang Nurfaizah dan juga Ernie Zakri turut mendominasi pencalonan terbanyak di AIM24 edisi kali ini.

Manakala bagi kategori Vokal Lelaki Terbaik, persaingan dijangka sengit apabila menampilkan Akim Ahmad, Amir Masdi, Hafiz Suip, Hazama dan Ryenald Guntabid.

AIM24 akan berlangsung pada 13 September 2025 di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang dan disiarkan secara langsung di saluran RTM.

Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000 manakala, kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ‘Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jul 2019

Malaysia Cipta Sejarah, Umur 18 Tahun Boleh Keluar Mengundi!

Tahniah Syed Saddiq atas kemenangan #Undi18 dimana meraih 211 undi tanpa satu pun menolak.

Events Wed, 22 Jun 2022

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Alahai… harga barang makin naik, kerja tak mengira masa, KWSP punya dividen pun makin rendah???

Featured Wed, 12 Feb 2025

Shuib Kini Berhutang Puluhan Juta Ringgit – “Banyak Perkara Perlu Diperbaiki”

Namun begitu, Shuib mendakwa perniagaannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!

Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!

Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Trending Fri, 24 Apr 2020

“Billboard” Di Amerika Papar Cara Berdepan Ancaman Wabak Ikut Nasihat Hadis Nabi

Hadis berusia lebih 1400 tahun dijadikan sebagai nasihat pada hari ini

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Trending Fri, 24 Apr 2020
error: Content is protected !!