Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 1, 2024 @ 6:48pm

Banyak Tarikan Baharu, Karnival Jom Heboh Kembali Mendarat Di Terengganu Bermula 1 Hingga 3 Ogos Ini!

Siri jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) kini menggegarkan Terengganu Darul Aman di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula 1 Ogos (Khamis) sehingga 3 Ogos (Sabtu) ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan bagi para pengunjung di Studio TonTon Drama Sangat, Studio Jom Heboh, The New Strais Times Press Berhad, Hot FM dan Kool 101.

Para pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dan berhibur bersama selebriti seperti Sophia Albarakbah, Hazama, Aiman Hakim juga ‘TikTok Creators’ yang akan membanjiri tapak KJH sempena kolaborasi bersama TikTok Awards bakal berlangsung pada 11 Ogos ini.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh merebut peluang dalam cabutan bertuah Jom Heboh sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah utama, Samsung Smart TV bersaiz 65″ bernilai RM6,000 di Studio Tonton Sangat sepanjang tiga hari acara itu berlangsung dengan hanya mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan TonTon.

Antara tarikan baharu yang di KJH Terengganu kali ini adalah program NSTP ‘Petting Zoo’ serta Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘1vs1’ dan Jom Kreatif @ Galeri Prima dimana peserta berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sehingga RM500 berserta baju jersi Vocket.

Pengunjung Karnival Jom Heboh Terengganu pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana
pelbagai barangan percuma dan hadiah menarik berjumlah RM300,000.00 menanti anda! Rebut peluang
ini untuk membawa pulang hadiah lumayan seperti iPad, Telefon Pintar dan pelbagai lagi.

KJH Terengganu kali ini turut menyajikan program-program ilmiah dan islamiah yang dapat memperkayakan minda dan jiwa para pengunjung selain turut menampilkan Program Selawat Perdana pada Khamis.

Acara kemuncak yang sering dinanti-nantikan oleh pengunjung KJH iaitu Program Akustika Jom Heboh dan Malam Senandung Jom Heboh (Jumaat dan Sabtu) akan menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air Naim Daniel, Black Hanafiah, Ameng Spring, Tomok, Joey BPR.

Wak mende ujong minggu ni? Jom seluruh warga Terengganu kia pakat ramai-ramai gi Karnival Jom Heboh yang akan berlangsung pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2024 (Khamis, Jumaat dan Sabtu) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula seawal 9:00 pagi!

Jom Heboh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Dec 2019

How Many Eggs Can I Eat In A Day? Will Eating Two Gives Me Cholesterol?

Some cook them, some consume it raw. Eggs are good source of healthy protein, but are they really?

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Selepas Rawatan Ke-4, Kulit Muka Seperti Bersisik…” – Wanita Mengadu Sakit Selepas Jalani Rawatan Drip Pemutih Kulit

Kerana ingin cantik, kesan buruk masa jangka panjang menggunakan drip pemutih kulit.

Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

Trending Tue, 2 Oct 2018

KFC Lancarkan Burger Zinger Waffle Burger, Nampak Menarik!

Ia mula dijual hari ini, jadi cepat pergi beli!

Trending Mon, 26 Mar 2018

闭眼开车「见证上帝」迷信妈带2小孩撞电线杆

美国一名住在亚特兰大的母亲太过迷信,为了让小孩相信「上帝会保佑他们」,竟然故意开车的时候闭上眼睛,想让「上帝」帮她开车,结果车子撞到电线杆,自己也受伤,最后还被警察以虐待儿童送办。

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
error: Content is protected !!