Hiburan By: Padin September 16, 2023 @ 5:19pm

[VIDEO] Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Jadi Kahwin Dengan Mimi Lana, 8 Kali Syafiq Kyle Beri Jawapan Sama – “Sorry, Soalan Lain?”

Pelakon kacak berbakat, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai isu ‘kahwin tak jadi’ bersama tunangnya, aktres Mimi Lana, 27.

Mengambil pendekatan untuk menutup mulut, Syafiq, 31, mahu menghormati semua pihak dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Saya ambil maklum mengenai isu ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengambil berat mengenai pihak saya dan Mimi.

“Saya harap isu ini tidak lagi diulas lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak. Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua belah pihak, saya dan Mimi, menyelesaikan perkara ini dengan baik, antara kita.

“Jadi saya rasa perkara ini tak diulas lanjut lagi di peringkat seterusnya atau ada apa-apa follow up. Itulah jawapan saya.

“Buat masa sekarang, saya ambil pendekatan untuk mengambil masa masing-masing. Untuk fokus kepada keluarga dan kerja,” katanya.

Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos lalu.

Difahamkan, dua majlis bakal diadakan pada hari sama iaitu pernikahan di waktu pagi, manakala sebelah malam adalah majlis resepsi.

Cubaan wartawan yang bertanya pelbagai soalan mengenai status Syafiq dan Mimi diberikan respons sama oleh pelakon filem Seindah Kasih The Movie itu.

“Maaf, soalan lain?” jawab Syafiq sebanyak lapan kali.

Memahami tugas pihak media yang mahu mendapatkan berita, Syafiq memohon maaf dan berharap dapat bertemu lagi.

“Terima kasih banyak. Saya sayang anda semua, Insya-Allah kita jumpa lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Kerana Awak Dah Timbulkan Satu Lagi Masalah” – Ciapan Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Promo Bersama Mimi Lana, Ruangan Komen Syafiq Kyle Dihujani Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Artikel Berkaitan: Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Syafiq ditemui di sidang media filem pertama terbitan produksinya, Indigo Films iaitu Doh di acara Kuih Piknik #ManisPahitBersama dan Wayang Pacak Tonton Original Filem Doh di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

Menurut Syafiq, dia bersyukur menerima sambutan yang baik biarpun berhadapan kontroversi.

“Alhamdullillah saya di sini untuk sertai acara ini dan saya gembira ramai orang hadir bagi sambutan yang meriah untuk ‘first baby’ saya.

“Kita akan keluarkan produk yang baik selepas ini, hanya satu yang kami mahu iaitu untuk sampaikan mesej buat masyarakat,” katanya.

Filem Doh membawa penonton mengikuti perjalanan Faiz (Syafiq) yang tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya. Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut.

Faiz berhadapan dengan tekanan untuk mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarganya sambil bersaing dengan pesaing moden yang menarik perhatian pelanggan yang semakin kurang.

Kisah ini adalah gabungan unik tradisi dan inovasi, serta menyentuh tema keluarga yang sangat bermakna.

Doh adalah hasil kerjasama antara barisan pelakon berbakat dan arahan sutradara yang berpengalaman, Ariff Zulkarnain dan Haris M Nor.

Doh turut menampilkan barisan pelakon seperti, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, dan ramai lagi.

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keajaiban “Doh”. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Aug 2019

This Model is So Ridiculously Perfect that It’s Becoming Disturbing!

Before we start anything, just take a look at these shots!       View this post on Instagram     Shudu X @wwd X @itsclo3d . . Styled by @thealexbadia Dress by @thegreateros_ Article […]

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Henti Aktiviti IG Story, Micheal Ang Enggan Ulang Kesilapan

Rata-rata netizen kurang senang dengan pendapat Micheal yang dikatakan seolah-olah mempersenda Islam apabila menyatakan lokasi pelancaran itu boleh digunakan sebagai tempat penganjuran pelbagai acara termasuk majlis tahlil.

Trending Sun, 3 Nov 2019
Featured Tue, 19 Jul 2022

Hadir Majlis Graduasi, Dua Anakanda Agong Terima Ijazah Di Universiti Terbaik United Kingdom

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi dua anakanda di University of London di Egham, Surrey, United Kingdom […]

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

大S承认怀三胎「怀孕7周」41岁高龄担心吃不消

41岁大S在11日认了真的怀了第三胎,目前才7周,自己也相当担心年龄已经过高,身体吃不消。