Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 2, 2019 @ 1:52pm

Lupa Sengketa Lama…Lisdawati, Rita Rudaini Berdamai

Pernah ‘bercakaran’ di set sekitar 12 tahun lalu, pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini mengaku sudah melupakan kesilapan lalu.

Kata dua pelakon jelita ini ketika ditemui di program Melodi Salute 2019!, mereka mengaku sudah kembali berbaik.

“Sudah nak masuk tahun 2020. Anak pun dah ramai, kami mahu berubah dan lupakan perkara yang sudah lepas.

“Umur makin meningkat tak larat lah,” kata pelakon Rita Rudaini.

Sementara itu, Lisdawati memaklumkan sekiranya ada pihak yang cuba melagakan kembali mereka berdua, dia meminta agar berhenti bertindak demikian.

“Sebenarnya sebelum ini saya ada bermimpi hal yang positif. Ia mungkin petunjuk dari Allah swt. Dalam mimpi itu saya nampak wajh Rita. Alhamdulillah, kami sudah kembali berbaik,” komennya ringkas.

Kes pergaduhan dua pelakon ini pernah menggemparkan industri seni tanah air ketika keduanya menjalani penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang pada 2006

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 May 2022

Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Awal Ashaari dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khianat.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Kenapa Fazura tidak berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 eh? Nak tahu, jom baca info di atas!

Featured Fri, 9 Aug 2024

Dihenyak Kecaman & Tuduhan Fitnah, Bapa Hafiz Suip Beri Pesanan – “Ingat Karma, Hari Ni Dia Kena… Satu Hari Awak Pula”

Kesian Hafiz, walaupun dah explain panjang-panjang tetap ada juga yang mulut jahat ek😥🔥

LIFESTYLE Fri, 6 Jul 2018

Had Umur Mengundi Wajar Turun – Syed Saddiq

Di negara-negara berkenaan, umur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi. Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan ‘WeChat’ sahaja.

Hiburan Tue, 3 Sep 2024

Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Sebelum ini Abby pernah cakap akan berlakon semula sekiranya dapat watak bernilai di sisi Allah, mungkin drama ini? Nantikannnnn!

error: Content is protected !!