Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 10, 2019 @ 2:09pm

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 17…Ac Mizal, Isteri Berbalas Ucapan Romantis

Alahai…sweet betul pasangan selebriti ini! 

Isteri kepada pengacara terkenal, Datuk Ac Mizal, Datin Emylia Rosnaida membuat sebuah ucapan romantis khas buat suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka, hari ini. 

Tulis Emylia buat bekas anggota kumpulan yang popular pada era 1990-an, 4U2C ini, dia amat berterima kasih dengan segala pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang bergelar suaminya. 

“Alhamdulillah 17 tahun dah kita berkahwin, terima kasih di atas segala pengorbanan you pada I, thank you menjadi suami yang baik dan menjaga I dan anak-anak dengan baik.

“Dari hari pertama kita bertemu dan hari kita berkata ‘Aku terima’, malah sehingga sekarang, awak tetap lelaki paling sempurna buat saya. Selamat ulang tahun perkahwinan, sayangku!,” tulis Emylia. 

Emylia yang tidak lagi bergelumang dengan dunia seni selepas mendirikan rumah tangga berharap agar ikatan perkahwinan mereka terus kekal baik hingga ke Jannah.

“Terima kasih menjadi suami terbaik. Di hari ulang tahun perkahwinan kita, saya mahu mengingatkan, saya hanya mahu menghabiskan hidup bersama awak sahaja. I love you, happy anniversary B,” tulisnya. 

Dalam masa sama, pasangan yang berkongsi akaun Instagram ini juga dilihat saling berbalas ucapan.

Tidak lama selepas itu, Ac Mizal memuatnaik gambar perkahwinan mereka dengan ucapan romantis buat isteri tersayang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002 dan memiliki dua orang anak iaitu Damien dan Fea. 

Happy Anniversary, Datuk & Datin!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Kongsi Tarikh Dengan PRU14, Bruno Mars Live In Kuala Lumpur Diteruskan!

Kepada semua pembeli tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, buat masa ini acara itu masih akan dijalankan mengikut jadual asal. Phew, lega kan?

Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Kisah Viral Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
error: Content is protected !!