Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 7:18pm

Takut Terkandas Di Manila, Ruhainies Sanggup Ke Korea?

Pelakon jelita Ruhainies mengakui dia panik apabila penerbangan pulangnya ke Kuala Lumpur malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dibatalkan akibat letusan gunung berapi Taal awal pagi semalam. 

Ruhainies berada di Manila bagi memenuhi undangan sebagai penyampai trofi pada kemuncak 24th Asian TV Awards yang berlangsung dari 10 hingga 12 Januari lalu bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak. 

“Saya sepatutnya menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air, jam 9.30 malam tadi.  Namun, ketika berada di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, kami mendapat maklumat penerbangan dibatalkan. 

“Biarpun ditemani ibu dan bapa, saya agak panik, tambahan pula ia pengalaman pertama berdepan situasi seperti itu.  Tidak lelap mata dibuatnya sejak mendapat tahu berita letusan gunung berapi Taal, kelmarin. 

“Saya hanya memikirkan bagaimana untuk segera pulang ke tanah air kerana sudah mempunyai komitmen kerja yang dipersetujui,” kata Ruhainies kepada BH Online. 

Pemilik nama penuh Nur Farehah Binti Zainul Ilyas itu berkata mereka menunggu di lapangan terbang sehingga jam 2 pagi, sebelum memutuskan untuk kembali ke hotel. 

Namun, dia bersyukur kerana kekasihnya sanggup berusaha untuk mendapatkan maklumat penerbangan lain walaupun terpaksa menaiki pesawat dari lapangan terbang yang berbeza.

“Alhamdulillah, jam 5.30 pagi tadi, kami tiba di Lapangan Antarabangsa Clark yang mengambil masa dua jam perjalanan dari pusat bandar.  Lokasinya juga sedikit jauh dari kawasan berlakunya letusan gunung berapi.

“Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih dan perlu terlebih dahulu terbang ke Korea Selatan, saya reda.  Apatah lagi, hanya itu penerbangan paling awal yang ada. 

“Bukan hanya kami, malah penumpang lain turut mengambil langkah sama kerana tidak mahu terkandas lama di lapangan terbang.  Jika tidak, kami terpaksa menunggu beberapa hari lagi,” katanya.

Sekembalinya ke ibu negara, Ruhainies akan memulakan penggambaran filem Seandainya Kau Ada, selain sebuah drama untuk slot Samarinda di TV3.  

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023

Beli Barang Bundle Di Pasar Pagi, Netizen Suka Lihat Aliff Syukri Tidak Ujub & Riyak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji waragenet kerana tidak riyak dengan hanya ‘shopping’ di pasar pagi. @aliffsyukriterlajaklarisCuti-cuti melayan anak-anak di pasar pagi ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian Aliff, dia suka membeli barangan […]

Hiburan Sun, 18 Jun 2023
Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]

Featured Thu, 30 Apr 2026

“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

Sissy Imann tampil memberikan respons susulan topik hangat membabitkan isu sama ada golongan artis menunaikan solat meskipun mengenakan solekan tebal.

Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

Featured Fri, 10 Apr 2026

Perselisihan Faham Antara Bekas Isteri & Anak, Ajai Enggan Ulas Lanjut – “Kita Doakan Sahaja”

Ajai, enggan mengulas lanjut menegnai masalah yang berlaku antara bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Wahab dan anak perempuan mereka, Ayu Nazirah.

Featured Wed, 22 May 2024
error: Content is protected !!