Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 11, 2023 @ 12:21pm

Setelah Lama Menyepi, Ayu Damit Kembali Dengan ‘Kejam’

Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Ayu Damit kini kembali dengan single terbaharu yang berjudul ‘KEJAM’.

Lagu yang bergenre balada itu merupakan hasil ciptaan komposer muda Khairul Daniel, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ayu bersama Slen dan Jay.

Menurut Ayu, lagu Kejam ini berkisarkan tentang sepasang kekasih yang mengharapkan cinta namun tidak balas dan tiada kata putus lantas perbuatan kekasihnya ‘kejam’ kerana telah dipersiakan sebegitu.

Ayu juga menyatakan dia sengaja memilih genre balada kerana ingin tonjolkan kemampuan vokalnya dalam sisi yang berbeza.

“Saya sengaja memilih genre balada kerana mahu menonjolkan kemampuan vokal saya dalam sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an namun tetap kedengaran ‘fresh’ dan baharu,” katanya.

Tambah Ayu, dia berasa bersyukur kerana berjaya menghasilkan single terbaharunya ini biarpun banyak dugaan yang perlu ditempuhinya.

“Syukur Alhamdulillah, penantian selama 2 tahun akhirnya berbaloi dengan terlahirnya single KEJAM ini.

“Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi bagi menyiapkan lagu ini, masakan tidak hampir setahun diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun saya akur ini adalah ketentuan-Nya kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya,” katanya.

Selain itu, Ayu juga menyatakan lagu Kejam ini mengambil masa selama lapan bulan untuk dihasilkan bersama komposer, Khairul Daniel.

“Saya bertemu dan berbincang dengan komposer dan menyatakan lagu bagaimana yang saya mahukan dan dia seakan mengerti kehendak serta citarasa saya, setelah berbincang kami terus ke studio bagi memulakan proses rakaman lagu tersebut.

“Bayangkan proses untuk menyiapkan lagu ini bermula dari bulan Februari sehingga Oktober kerana banyak perkara terpaksa saya uruskan sendiri dengan tunjuk ajar komposer yang banyak membantu dan banyak saya pelajari dari A sehingga Z.

“Saya berharap agar lagu KEJAM ini mendapat sambutan dan boleh diterima oleh semua pendengar dan penggemar muzik tempatan, dan jangan lupa untuk terus menyokong saya dan Insya-Allah lebih banyak lagi lagu-lagu bermutu yang bakal menyusul,” katanya.

Orang ramai sudah boleh mendengar lagu Kejam nyanyian Ayu Damit ini menerusi aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik videonya yang berkonsepkan ‘simple elegance’ boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alternate Records.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Afgan Pasti Buat Peminatnya Patah Hati

Sabarlah Wahai peminat Afgan…

Featured Tue, 16 Jun 2026

Nadia Annuar Persoal Gaya Hidup Bob T20, Label Pengurusan Masa Teruk -“Takkan Tak Ada Masa Pergi Gym 30 Minit?”

Kata Nadia, dia tidak bersetuju dengan alasan kononnya kesibukan bekerja menjadi punca seseorang tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan

Featured Tue, 23 Sep 2025
Trending Mon, 11 Oct 2021

Nafi Sudah Bernikah, Erra Fazira Bukan Isteri Kedua Faizal Azumu

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan khabar angin beliau telah berkahwin dengan primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Faizal hanya mengesahkan khabar angin terbabit […]

Featured Tue, 10 Jul 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Caesarean

Kalau nak luka caesarean cepat sembuh, elakkan jenis makanan ini!

error: Content is protected !!