Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 11, 2021 @ 5:46pm

Nafi Sudah Bernikah, Erra Fazira Bukan Isteri Kedua Faizal Azumu

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan khabar angin beliau telah berkahwin dengan primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.

Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Faizal hanya mengesahkan khabar angin terbabit adalah tidak benar.

“Saya confirmkan (sahkan) – tidak betul. Cerita ini dah keluar dari zaman saya menteri besar lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: “Info Sahih Dari Jiran Kepada Pengantin Baru…” – Netizen Dakwa Erra Fazira Dah Kahwin, Jadi Isteri Kedua Ahli Politik

Menurut laporan Harian Metro pula, Erra turut mengesahkan dirinya masih menyandang status ibu tunggal.

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya menerusi satu mesej.

Sumber: Utusan, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

Featured Sat, 10 May 2025

Ayda Jebat Kongsi Detik Seram Tidur Bersama Anak- “Nayla Bercakap Tapi Pandang 1 Sudut Random.. Kadang Atas, Kadang Tepi Kita”

Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Mon, 22 May 2023
error: Content is protected !!