Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2023 @ 6:00pm

Nabil Ahmad Minta Sertai Pertandingan Nyanyian, Ini Respons Mas Idayu – “Bagi Mummy Itu Memang Bod*h”

“Bagi Mummy itu soalan bodohlah, memang bodoh”

Demikian kata penyanyi Mas Idayu selepas diminta untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian menerusi temua bual bersama penyampai radio popular, Nabil Ahmad baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 51, menegaskan, adalah lebih logik sekiranya pertanyaan yang diajukan itu ditanyakan kepadanya 12 tahun lalu ketika dirinya masih tidak dilantik untuk menjadi juri bagi mana-mana pertandingan.

“Bagi Mummy itu memang bodoh, untuk Mummy yang sudah 33 tahun dalam industri, awak nak suruh sebenarnya dalam 12 tahun lalu kot, masa zaman belum betul-betul establish.

“Tapi masa tu bukan Mummy tak ada nama tetapi, Mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu menjelaskan berkaitan tanggapan netizen terhadap kredibiliti nyanyiannya selepas memberikan komen terhadap peserta pertandingan nyanyian baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo: “Saya Alukan Netizen Maki Saya, Asalkan Jangan Ganggu Peserta” – Kontroversi Sissy Imann, Mas Idayu Dedah Dipanggil B*bi, C*laka, S*al & Anj*ng

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo: Sangkal Dakwaan Kecil Hati Dengan Komen Mas Idayu, Sissy Imann Menangis Kecewa Dengan Diri Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Dikritik ‘Ada Nampak Mummy Happy?’, Baby Shima Rasa Mas Idayu Ikhlas & Tak ‘Fake’ Dalam Penjurian

Menurutnya, dia sudah berada dalam kelasnya tersendiri sekaligus menganggap menyertai pertandingan nyanyian boleh menjatuhkan tahapnya sebagai seorang juri.

“Kalau kau rasa dah tahap mana-mana artis yang pernah menjadi juri tapi bukan juri jemputan lah maksudnya, jadi juri yang tetap, kekal dan sentiasa dipanggil untuk mana-mana program, jadi tak sesuailah nak sertai pertandingan, korang jangan nak jatuhkan level lah,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Mas Idayu sebenarnya takut apabila diminta untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian, malah bagi mereka tiada istilah jatuhkan tahap juri sekiranya dia berani untuk menyahut cabaran netizen.

 

@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. 😄 #sharERA #3PAGIERA ♬ original sound – ERA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 23 Jul 2018

#JommenangXtra : Menang Hadiah Eksklusif Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Bananana!

Pastinya kanak-kanak akan tertunggu-tunggu apakah agaknya rancangan kartun yang akan disajikan kepada mereka bukan? So, sempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di tonton akan siarkan beberapa kartun menarik yang pastinya dapat memenuhi selera anak-anak anda di luar sana!

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Thu, 23 Apr 2020

“Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh…tidak boleh,” – Ismail Sabri

Tolonglah jangan galak sangat nak balik kampung masa Ramadan ni

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

error: Content is protected !!