Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2023 @ 12:39pm

Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menyelar tindakan individu di platform media sosial yang telah mengambil content miliknya dari Instagram lalu disunting ke aplikasi TikTok.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, individu tersebut berkongsi kemas kini hantaran Ira di Instagram yang memaparkan dirinya sedang memasak tomato bakar.

Ira Kazar

Susulan itu, Ira meninggalkan komen di salah satu hantaran tersebut dengan mempersoalkan tindakan individu berkenaan sama ada dia tidak mempunyai modal kerana ‘mencuri’ content orang lain.

Bukan itu sahaja, anak kepada pelakon Kazar Saisi ini juga bertanya sama ada individu berkenaan menagih perhatian pengikutnya di media sosial untuk meraih ‘likes’ dan ‘views’.

“Admin batak likes dan views ke tu? Tak ada modal ke ambik content orang buat modal,” tulisnya.

Lantaran itu, pemilik akaun tersebut juga membalas komen Ira itu yang berkata dia mendapat lebih banyak views sekiranya memuat naik tentang pelakon Puteri Sarah.

“Lupa nak bagi tahu, view kita lagi tinggi kalau video pasal Puteri Sarah. Video awak (Ira) likes tak banyak pun, cuma ramai followers minat nak tahu tentang aktiviti Syamsul,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Ira tampil menyelar komen individu berkenaan dengan memberi pesanan pedas untuk tidak mengambil contentnya.

“Ok kalau macam tu jangan ambil content orang buat modal ok. Jangan nampak sangat batak tu. Jangan upload dah, nampak snagat bataknya,” bidasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai menganggp Ira Kazar ‘koyak’ apabila individu berkenaan menyebut nama Puteri Sarah, namun jawabnya dia tidak terkesan.

“HAHAHAHA dia yang koyak, dia cakap kita,” jawabnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Ira telahpun memadam segala komen-komen tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

「360度零死角高素质美女」彭嘉伊代表大马美丽出征

「360度零死角高素质美女」Jovane彭嘉伊代表大马美丽出征,与来自世界各地不同城市的佳丽们展开一场美丽的争夺。

Featured Fri, 30 Aug 2024

“Saya Masih Tak Layak Jadi Pengganti Maya Karin” – Anna Jobling

Wah, seram juga ek tengok Anna berlakon dalam filem Lembayung tu😱

Featured Wed, 11 Jan 2023
error: Content is protected !!