Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2025 @ 2:49pm

Raja Nurfatimah Mawar Selamat Dikebumikan, Dunia Kewartawanan Hiburan Kehilangan Permata Berharga

Jenazah Penolong Editor Hiburan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed, 49, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Panjang, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Allahyarhamah yang meninggal dunia secara mengejut semalam di kediamannya di Sungai Long, Selangor, disolatkan dua kali atas permintaan pelajar Tahfiz Ar-Rusd dan jemaah Masjid Kampung Haji Kadir, sebelum disemadikan bersebelahan pusara bapanya, Raja Mohamed Raja Abu Bakar yang meninggal dunia pada 2013.

Jenazah tiba di kampung halamannya sekitar jam 5.30 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Kajang, dan upacara talkin dibacakan oleh saudaranya, Hasmadi Jusoh.

Lebih 500 kenalan, penduduk kampung dan rakan media hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir ialah Pengarang Berita Hiburan dan Projek BH, Shamshul Azree Samshir; Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin; dan Timbalan Presiden WHAM, Niezam Abdullah.

Pemergian Raja Nurfatimah meninggalkan kesan mendalam buat dunia kewartawanan hiburan tanah air. Sepanjang lebih 30 tahun dalam industri, beliau bukan sahaja dikenali sebagai wartawan berdedikasi, malah menjadi suara yang menyokong dan membina bakat-bakat baharu seni tempatan.

Sebagai Bendahari Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), Allahyarhamah aktif dalam penganjuran program kebajikan dan solidariti seni, termasuk bantuan kepada artis veteran dan acara penghargaan untuk insan seni.

“Pemergian Raja Nurfatimah terlalu mengejutkan kami semua, ia sangat tiba-tiba. Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda sakit, malah sentiasa cergas dan aktif menyumbang idea sehingga ke penghujung hayatnya,” ujar Datuk Tengku Khalidah.

“Beliau bukan sahaja seorang bendahari yang bertanggungjawab, tetapi sahabat seperjuangan sejak era 1990-an. Kami juga merancang untuk menunaikan haji bersama tahun ini, namun ditangguhkan ke 2026 kerana komitmen kerja,” tambahnya.

Sepanjang hayat, arwah dikenali sebagai wartawan beretika tinggi yang memperjuangkan kelangsungan industri hiburan dengan pena yang berisi dan hati yang bersih. Ramai artis muda yang mendapat perhatian awal beliau kini berjaya menempa nama dalam industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Sufian Suhaimi Dah Bersedia Ke?

Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak mempunyai tarikh dan masing-masing pula sibuk dengan urusan kerjaya. […]

Featured Fri, 28 Oct 2022
Events Mon, 15 Apr 2019

Kini Jason Mraz Pula Bakal Tawan Kuala Lumpur!

Tak sabarnya nak sing along dengan bestfriend!

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

error: Content is protected !!