Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 25, 2025 @ 2:59pm

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Menjanjikan pengalaman penuh warna, emosi dan nostalgia, filem ini pastinya membuat penonton ingin turut sama menyanyi di pawagam bermula 6 November 2025 ini.

Diterbitkan oleh Miles Films, karya ini mengangkat semula kisah ikonik Ada Apa Dengan Cinta? (AADC?) namun diberi nafas baharu melalui gabungan melodi, irama dan dialog puitis.

Menariknya, lagu-lagu dalam filem ini digubah oleh duo legenda Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Nama besar di sebalik runut bunyi klasik seperti Ada Apa Dengan Cinta dan Bimbang, gubahan  duo hebat ini  menjadi nadi utama penceritaan, menghidupkan semula nostalgia cinta pertama buat generasi lama dan memperkenalkan semula magis kisah cinta remaja kepada generasi baharu.

Rangga dan Cinta lalui proses uji bakat ketat

Rangga & Cinta Filem juga turut memperkenalkan wajah baharu iaitu, El Putra Sarira (Rangga) dan Leya Princy sebagai (Cinta).

Kedua-dua bintang muda ini diberikan peranan untuk memikul tanggungjawab besar menggantikan ikon terdahulu iaitu, Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo, selepas melalui proses uji bakat ketat.

Kini, penonton berpeluang menyaksikan interpretasi segar watak Rangga yang tetap misteri dan puitis, serta Cinta yang bijak dan menawan namun, dengan jiwa dan bahasa emosinya yang lebih dekat dengan generasi Z.

Menurut pengarah tersohor, Riri Riza,  Rangga & Cinta disifatkannya sebagai bukti keberanian sinema Indonesia dalam meneroka bentuk penceritaan baharu yang lebih kreatif dan ekspresif.

“Selain bekerjasama dengan ramai pengarah muda dalam projek ini, saya amat bersyukur dapat kembali meneroka genre muzikal terutama dengan runut bunyi asal yang amat disayangi ramai hasil ciptaan Melly Goeslaw dan Anto Hoed.

“Saya berharap penonton dapat merasai kegembiraan dan kehangatan emosi yang sama seperti yang kami alami sepanjang proses pembikinan filem ini,” katanya.

Untuk makluman, sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi, Primeworks Studios turut berkongsi keterujaan untuk membawa magis kisah cinta abadi ini kepada penonton tempatan.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

‘Tiada Yang Istimewa Lagi…’- Zizan Razak Tak Jadi Kahwin Tahun Ini?

Pernah dikaitkan dengan beberapa nama selebriti popular sebelum ini, Zizan mengakui masih bertemu calon sesuai buat masa ini. Bukan memilih tapi…

Hiburan Tue, 22 May 2018

Pasangan Fattzura Terlebih Manis, Curi Perhatian Netizen

Fazura yang dilihat berhijab penuh bagi menghormati bulan mulia ini nyata mendapat pujian ramai peminat beliau. Namun,

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Featured Sat, 22 Jan 2022
Trending Thu, 15 Apr 2021
Featured Tue, 14 Jan 2025

Selepas Lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana Bakal Jalin Kerjasama Dengan Komposer Indonesia

Ramai yang tidak menyangka Isyariana boleh menyanyi malah mempunyai suara yang sedap.

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

JAMES第二单曲《Let‘s Get Away》与少女時代秀英合唱

美籍韩裔歌手兼创作才子James在毫无预警下于自己的社交媒体公布了第二首单曲《Let‘s Get Away》(Acoustic Version) 将与少女时代的秀英合唱!

error: Content is protected !!