Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 7, 2022 @ 4:30pm

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Pelakon jelita, Eyka Farhana tampil menjawab gosip percintaan bersama pemain bola sepak kebangsaan dan Kelab Johor Daruk Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Ia susulan tular sebuah video memaparkan Eyka membuat content TikTok bersama seorang lelaki namun hanya mendedahkan tangan yang memeluk bahunya sehingga mencetuskan spekulasi netizen.

Artikel Berkaitan: Buat ‘Trend’ TikTok, Netizen Soal Eyka Farhana Sandar Pada Lengan Siapa? – “Tangan Akhyar Ke Tu?”

Aktres drama Budak Tebing itu bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai status hubungannya untuk mengelak terus dikecam.

“Saya sebenarnya enggan bercerita sangat tentang hal peribadi. Saya rasa lebih elok kalau saya ‘zip mulut’ dan diam supaya saya tidak lagi dikecam.

“Saya biarkan sahaja netizen membuat anggapan mereka sendiri tanpa perlu saya iyakan atau nafikan tentang perkara tersebut. Sebab rasanya netizen lebih tahu,” katanya.

“Sudah banyak komen dalam TikTok. Kalau rasa dalam video itu tangan si dia (Akhyar), maka dialah. Kalau rasa bukan, maka bukanlah. Kalau saya iyakan saya kena (kecam), kalau saya nafikan pun saya akan kena,” tegasnya.

Sementara itu, Eyka turut membuat keputusan untuk tidak terlalu memberi tumpuan kepada setiap komen-komen netizen yang dilemparkan kepadanya dalam setiap hantaran yang dikongsikannya dalam media sosial.

“Untuk kesihatan mental sendiri, saya mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen netizen. Lagi mudah kalau saya tutup sahaja ruangan komen dalam media sosial.

“Saya pun sudah terbiasa menerima banyak komen-komen negatif netizen. Namun pada masa sama, saya juga menerima banyak komen-komen bersifat positif.

Mana yang negatif saya ambil sedikit untuk perbaiki diri, yang positif pula saya jadikan semangat untuk meneruskan hidup,” katanya.

Sebelum ini, Eyka juga menjawab kontroversi berhubung penampilan dirinya yang dikatakan semakin terdedah oleh rata-rata netizen.

Artikel Berkaitan: Sering Dikritik Gara-gara Penampilan Mencolok Mata, Ini Respons Eyka Farhana – “Ada Artis Lain Lebih Seksi, Mungkin Mereka Dah Biasa Nampak Saya…”

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Aku Gentle Jangan Kantoi Perempuan Je” – Siti Elizad Akui Pasangan Perlu Saling Menghormati Batas Pergaulan

Elizad akui sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

为林文荪量身订造!曹格:这首歌终于找到主人了

「大马好女声」林文荪自推出《这世界终会记得我的名字》迷你专辑后,成功引起关注,而专辑内的其歌曲《我的天空一直晴朗》原来是恩师Gary曹格为她量身订造!

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

Featured Fri, 22 Aug 2025

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh.

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

error: Content is protected !!