Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 29, 2023 @ 2:27am

Fiza Kamarudin Dilaporkan Kritikal Di London Meninggal Dunia – “Percutian Ini Hajat Terakhir Untuk Raikan Anak”

Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin, 40, yang dilaporkan kritikal sebelum ini dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross, London pada jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam tadi waktu Malaysia) akibat pendarahan dalam otak.

Memetik laporan Harian Metro, berita duka tersebut disahkan oleh adiknya, Siti Nor Hazlinda, 39, dan memaklumkan bahawa suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia bagi membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” ujarnya.

Kongsi Hazlinda, pendarahan otak yang berlaku adalah disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan sekaligus mengakibatkan Allahyarhan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Katanya lagi, insiden itu terjadi beberapa jam sebelum Allahyarham bersama suami dan dua anaknya berlepas pulang ke Malaysia.

Susulan itu, Allahyarham dibawa ke Hospital Charing Cross berada dalam keadaan kritikal.

Lebih menyayat hati, adik Allahyarham berkongsi bahawa percutian ke London adalah hajat terakhir Fiza bagi meraikan anak-anaknya iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana, tetapi dia cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti. Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan Kritikal Di London, WHAM Lancar Tabung Kecemasan Buat Fiza Kamarudin

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Feb 2021
Trending Wed, 21 Feb 2018

UJI RASHID MENGAMUK

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Nur Fazura sambut syawal di kampung bersama Fatima, sumber kekuatan buat dirinya

Featured Wed, 24 Jul 2019
error: Content is protected !!