Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 28, 2019 @ 9:00am

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Adakah pejabat anda bagaikan kutub Utara dengan suhu penghawa dinginnya yang teramat rendah? Jika hujan turun dengan lebat di luar, gerenti anda akan menggigil di hadapan komputer.

Kadangkala persekitaran anda terlalu sejuk hingga sukar untuk anda menumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan.

Malangnya, suhu penghawa dingin di kebanyakan pejabat besar dikawal secara berpusat. Jadi ia tidak boleh ditetapkan mengikut citarasa sesiapa.

Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2015, suhu ini telah ditetapkan berdasarkan kadar metabolisme kaum lelaki.

Bagi yang tidak tahu, suhu badan lelaki ialah lebih tinggi berbanding dengan golongan Hawa. Jadi di pejabat-pejabat yang sejuk, orang lelakilah yang akan untung!

Walau bagaimanapun, hal ini patut dipandang serius bagi syarikat jika yang mementingkan produktiviti.

Menurut satu kajian terbaru, prestasi golongan wanita dalam menyiapkan tugas yang berciri matematik atau lisan didapati lebih meningkat apabila suhu pejabat mereka lebih tinggi.

Kajian oleh penyelidik dari Amerika Syarikat dan Jerman ini juga mendapati kesannya terbalik bagi kaum lelaki, tetapi impaknya tidaklah begitu ketara.

Foto: Writing and Wellness

Menurut Insider, kajian yang dijalankan oleh WZB Berlin Social Science Center di Jerman ini disertai oleh 543 orang pelajar. Suhu bilik mereka ditetapkan di antara 16°C dan 32°C di sepanjang eksperimen berkenaan.

Mereka diminta melakukan tiga tugasan – satu ialah berciri matematik, satu lagi lisan dan yang terakhirnya menguji daya kemahiran kognitif mereka.

Suhu bilik tadi memberi kesan kepada pelajar lelaki dan perempuan ketika mereka sedang menyelesaikan tugasan Matematik dan lisan. Nampaknya tiada kesan didapati bagi ujian kognitif.

Profesor Madya jurusan kewangan dan ekonomi perniagaan di USC, Marshall Tom Chang berkata bahawa sebelum ini, semua orang maklum yang golongan wanita menggemari suhu dalaman yang lebih panas.

“Apa yang kami dapati ialah suhu bukan sahaja mempengaruhi keselesaan mereka, tetapi juga prestasi kerja berciri matematik dan lisan dan berapa banyak usaha yang mereka berikan,” katanya.

Dalam kajian tadi, peningkatan yang direkodkan mungkin disebabkan oleh keinginan pelajar wanita untuk memberi usaha lebih.

Foto: Elite Daily

Tambah Chang lagi, jika sesebuah syarikat itu inginkan peningkatan dari segi prestasi pekerja wanitanya, mereka tidak perlu melakukan perubahan yang ketara terhadap suhu pejabatnya.

“Majikan patut pastikan pekerja mereka berada di dalam keadaan yang selesa supaya mereka lebih produktif.

“Jika mereka menetapkan suhu penghawa dingin yang biasa seperti 23°C pun mereka akan dapat melihat kesan yang memberangsangkan.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Featured Mon, 30 May 2022
Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Saya Pergi Dapatkan Rawatan” – Zizan Razak Pernah Alami Anxiety

Kesiannya dengan Zizan, apa-apa pun kena utamakan kesihatan dulu ya.

Featured Mon, 5 Sep 2022

Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Muda lagi pelakon cilik ni baru 12 tahun 🥲 Betul ke buat perkara tak senonoh ni? Adoiii

error: Content is protected !!