Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza bersyukur dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah susulan kes hadanah yang difailkan oleh bekas isterinya, Suzur Sofia.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zaiza memuat naik sekeping foto bersama peguam syarie yang mewakilinya di mahkahmah.
Kongsi Zaiza, mahkamah telah mengeluarkan perintah bahawa hak jagaan interim diberikan kepadanya sebagai bapa kandung manakala hak lawatan diberikan kepada bekas isteri.
Artikel Berkaitan: “I Manage To See My Kids Soon!” – Bekas Menantu Zainal Abidin Gembira Dapat Hak Bermalam Dengan Anak-Anak
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah..Bekas isteri sebelum ini yang telah memfailkan hak jagaan untuk anak, dan keputusan hari ini Mahkamah telah Keluarkan Perintah Untuk Hak Jagaan Interim Anak di berikan kepada saya sebagai bapa kandung.
“Ibu diberikan hak lawatan dan bermalam.. Amin.. terima kasih banyak kepada akak-akak lawyer saya yang menguruskan kes hadhanah saya..#kononygpalingteraniaya,” tulisnya.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tanda pagar yang diguna oleh Zaiza seperti menyindir dan tujukan kepada bekas isteri.
“#kononygpalingteraniaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Sofia mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak sana dan menghalang untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Bekas Menantu Zainal Abidin Tak Reda Dianiaya – “Mereka Cuba Pisahkan Dengan Anak-Anak”
Untuk rekod, Sofia dan Zaiza berkahwin pada 15 Januari 2016 namun sah bercerai pada 14 Jun lalu.
Hasil berkongsi hidup bersama, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.
Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Bersalah Pukul Bekas Isteri, Anak Zainal Abidin Hassan Diikat Jamin RM5,000
Artikel Berkaitan: “Memang Patut Bapak You Mati” – Menantu Bengang Dengan Anak Zainal Abidin, Dedah Suami Ditanggung Bapa Mentua?
Artikel Berkaitan: “Inilah Gila Talak!” – Dakwa Belum ‘Move On’, Suzur Sofia Dedah Masih Diganggu Anak Zainal Abidin Hassan… Siap Ada Akaun Palsu?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Curang Di Belakang Orang Yang Baik Umpama Campak Berlian & Kutip Kotoran” – Anak Zainal Abidin Hassan








