Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri February 21, 2018 @ 4:31am

UJI RASHID MENGAMUK

Artis popular era 70-an, Uji Rashid, baru-baru ini dikatakan mengamuk apabila mengetahui ada pihak yang mengumpul dana di atas namanya. Beliau yang kini masih lagi aktif menyanyi amat kesal dengan perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhlkan maruah beliau.

Kudrat saya masih kuat untuk menyanyi. Malah saya tiada apa-apa masalah kesihatan sehinggakan ada pihak terpaksa mengutip derma, mengumpul dana seolah-olah saya ini uzur terlantar tenat,” ujar beliau ketika ditemui di Ampang baru-baru ini.

Janganlah senang-senang memanipulasi berita. Cari kesahiahan berita. Jangan suka menangguk di air keruh.

Yang memerlukan bantuan itu, Cico anak saya. Dia juga seorang pelakon, seorang ARTIS. Dan memang benar, setelah sakit, Cico kehilangan sumber pendapatan. Kalau nak kutip dana, kutip dana seharusnya atas nama Cico, BUKAN Uji Rashid.

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.

Cico masih memerlukan rawatan susulan. Rawatan yang diperlukan memang memerlukan sejumlah wang yang agak besar dari masa ke semasa sehinggalah dia pulih sepenuhnya. Tetapi ini bukan bermakna kami ni peminta sedekah. Cukup dengan bantuan dari segi peluang pekerjaan. Kalau nak bantu Cico, boleh hubungi saya. Tetapi bantuan tetap atas nama Cico Harahap dan BUKAN Uji Rashid.

Baru- baru ini tular di media sosial mengenai satu gerakan mengumpul dana. Paling mengejutkan apabila dihubungi pihak Uji Rashid, persatuan itu mengaku tidak pernah menghubungi Uji Rashid dan hanya akan menyerahkan dana terkumpul itu kepada Persatuan Seniman.

Saya tidak pernah dihubungi pihak tersebut mahu pun pihak Seniman pun mengenai hal ini. Pelik bukan? Dana dikumpul atas nama saya. Sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah ia tular dan teman-teman artis menghubungi saya kerana menyangkakan saya sedang tenat!” Kata beliau sambil menunjukkan bukti kepada pihak Xtra.

Bukan tidak bersyukur. Tetapi jangan sampai menjatuhkan maruah pula. Saya masih kuat untuk menyanyi.

Nampaknya, banyak pihak dilihat terlibat dalam perkara ini rupa-rupanya. Mungkinkah ada pihak yang ingin tampil membuat kenyataan balas?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 May 2020
Featured Wed, 4 Dec 2024

“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani

Menurut Anzalna, perceraian adalah perkara paling menakutkan dan menyakitkan bagi kaum wanita

Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.

Featured Mon, 18 Nov 2024

Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

“Kalini dia sakit aku terima dia. Sebab Insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata” – Kiah Propa

Featured Sat, 26 Nov 2022

Didakwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kecewa & Bertekad Tidak Berkongsi Perkembangan Nad Zainal

Hmmm, sedih pula bila niat baik disalah erti 😓 Apapun, semoga yang terbaik saja untuk Nad & Ungku ❤️

error: Content is protected !!