Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2025 @ 5:45pm

Sudah Sedarkan Diri, A Aida Masih Dipantau Di ICU

Pelakon Azeva Natassha memaklumkan ibunya, penerbit popular, Datuk A Aida, 55, sudah sedarkan diri selepas tiga hari ditidurkan sejak khamis lalu.

Menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Azeva menerusi ruangan Instagram Stories berkongsi keadaan ibunya semakin stabil dan masih berada bawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Alhamdulillah, mama sudah sedarkan diri, cuma kena selalu dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa.

“Kepada kawan-kawan mama, minta maaf tetapi memang doktor tak beri orang luar untuk melawat buat masa sekarang sebab takut jangkitan kuman dan tidak mahu ambil sebarang risiko,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azeva memohon orang ramai akan terus mendoakan ibunya agar diberikan kesembuhan.

“Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Zaidah Awang itu dilaporkan mengalami insiden tidak sedarkan diri selepas menjalani sesi fisioterapi baru-baru ini.

Difahamkan, Aida yang baru dua hari menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya berada dalam keadaan baik selepas prosedur berkenaan.

Namun, keadaan kesihatannya berubah secara mendadak ketika menjalani rawatan susulan.

Menurut rakan Aida, penerbit drama bersiri Sekali Lagi Cinta Kembali itu terpaksa ditidurkan, manakala punca sebenar penurunan kesihatannya masih belum diumumkan kepada umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Thu, 17 Sep 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Tak Layak Jadi Pemimpin! Depan Orang Terpaling Suci, Hakikatnya Takut Dengan…” – Zizi Kirana Berang Isu Isteri Hamil Dipukul

Menurutnya, sikap segelintir lelaki yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan kemarahan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

error: Content is protected !!