Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 20, 2020 @ 7:02pm

Tunai Impian Sebelum Bernikah, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Rumah

Menunaikan hasrat terpendam sebelum mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menghadiahkan ibunya sebuah rumah.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, menghadiahkan ibu tercinta, Rohana Mohamed sebuah kediaman dua tingkat di Puncak Alam, Selangor.

Menurut pelantun lagu Temberang ini, hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya adalah salah satu azam yang mahu dilunaskan sebelum berkahwin dengan tunangnya, pengacara Nabil Mahir.

Ayda mendedahkan perkara terbabit menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.

“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini. Ya Allah,” tulis Ayda.

Tambah pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini lagi, dia menaruh harapan yang tinggi dan sentiasa berdoa agar semua pihak dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.

“Mama selalu hubungi dan pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Sebenarnya, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. Saya cintakan mama.

“Saya akan selalu menjaga dan membahagiakan mama, walaupun saya dah kahwin nanti,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Umum Tarikh Kahwin di YouTube, Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Bernikah 1 Januari 2021

Sebelum ini, Ayda mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Rasa Sangat Kecil Bila Bersama Nama Besar Ini” – Amyza Aznan Syukur Impian Jadi Realiti

Amyza kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menjalani penggambaran kempen raya jenama berkenaan.

Featured Tue, 3 Mar 2026

Zul Ariffin Enggan Berlakon Cerita ‘Curang’ – “Cukuplah Tu, Saya Saje Je Try”

Demikian respons pelakon popular, Zul Ariffin apabila memberi bayangan tidak lagi mahu terlibat dalam naskhah bertemakan kecurangan selepas drama Bisik Asmara.

Hiburan Sat, 30 Jul 2022

Seorang Demi Seorang Meninggal Dunia, Hazama ‘Elak’ Nak Nyanyi Lagu ‘Terakhir Buat Teman’

“Sebenarnya, judul asal lagu ini adalah Nota Terakhir” – Hazama

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Peminat Tentukan Siapa Paling Berpengaruh, OhBulan! Hidupkan Fenomena Digital Menerusi ‘OhBulan! Paling Viral Online’

OhBulan! Paling Viral Online menghargai individu yang mencetus fenomena dalam dunia digital & hiburan.

Trending Sat, 21 Aug 2021
Featured Fri, 26 Jul 2024

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Min setuju dengan Rita! Min rasa isu ni dah settle. Tinggal lagi kes buli ni memang patut dihentikan segera!🔥💥

Featured Wed, 10 Sep 2025
Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

error: Content is protected !!