Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 7, 2020 @ 12:00pm

Umum Tarikh Kahwin di YouTube, Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Bernikah 1 Januari 2021

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat bakal bernikah dengan tunangnya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari tahun depan.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, tarikh tersebut dipilih selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Hasil perbincangan, saya dan Nabil akan disatukan pada 1 Januari 2021. Majlis nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam. Semuanya bakal mengikut prosedur operasi standard (SOP),” kata Ayda.

Tambah Ayda yang bertunang dengan Nabil pada 28 April lalu, persiapan mereka untuk mengadakan majlis perkahwinan berjalan lancar.

“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan, sudah melebihi 50 peratus. Saya memohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan seperti yang sudah dirancang, insya-Allah,” kata Ayda.

Sebelum itu, Ayda dan Nabil membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube mereka, WuvvShow sebentar tadi.

“Video ini saya dan Nabil buat khas untuk peminat, terutamanya AJ Screamers yang dah lama tak berjumpa dengan kami kerana kekangan pandemik.

“Mereka juga ingin tahu perkembangan kami, jadi video ini saya umpamakan hadiah untuk mereka yang selama ini tidak pernah lelah menyokong,” katanya lagi.

Merpati dua sejoli ini berkongsi perjalanan cinta mereka menerusi video #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Terima Bayaran Tak Masuk Akal & Terpaksa Ajar Pelakon Baharu Hayati Watak, Didie Alias Rasa Terhina?

Agak-agaklah nak bayar murah sangat pun. Tak kaji latar belakang artis dulu ke?

Trending Wed, 17 Aug 2022

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya yang juga aktres popular, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan. Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat […]

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Thu, 19 Aug 2021
Featured Fri, 30 May 2025
error: Content is protected !!