Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom February 25, 2019 @ 11:00am

Mikrofon Impian, platform nyanyian buat peserta ‘berjiwa besar’.

Tidak ramai yang mempunyai suara luar biasa, tetapi ada segelintir masyarakat yang berani menyertai pertandingan nyanyian, meskipun sedar tahap kemampuan vokal mereka biasa-biasa dan tidak sehebat mana.

Namun begitu, kebanyakannya berani untuk mencuba atas beberapa faktor, antaranya mengejar hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk membiayai kos perubatan insan tersayang seperti ibu atau anak.

Ada juga yang berhasrat untuk melangsaikan hutang keluarga sebelum ajal menjemput kerana menghidap kanser dan pelbagai lagi rentetan kisah sedih masyarakat yang tidak terbayangkan oleh kita, justeru kecekalan mereka itu wajar diberikan pujian!

Mikrofon Impian, satu program realiti baharu terbitan Astro Ria, mengajak penonton untuk melihat sejenak pelbagai permasalahan yang menimpa beberapa individu terpilih.

Menerusi episod keduanya yang sempat penulis tonton semalam, seorang remaja terpaksa berhenti sekolah dan melupakan impiannya untuk ke menara gading selepas ibunya jatuh sakit.

Meskipun sedar dia tidak mempunyai vokal yang baik dan nyanyiannya sering terjejas setiap kali memandang ke arah ibu yang dipercayai lumpuh, gadis bernama Alisa itu tetap menamatkan lagu Untukmu Ibu yang dipopularkan oleh kumpulan Exists dengan cekal.

Bagaimanapun, bagi episod terbabit, tuah memihak kepada Lily Zuliah Sukiman seorang pejuang kanser serviks tahap 4, yang mempersembahkan lagu Ayat Ayat Cinta (Rossa).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siap sediakan tisu ya malam ni jam 9mlm #mikrofonimpian

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Sebagai anak sulung, wanita itu menyertai program berkenaan bukan rawatan kanser yang dihidapinya, sebaliknya untuk melunaskan hutang keluarga iaitu pembiayaan kediaman ibu bapanya kerana bimbang tidak sempat berbuat demikian sekiranya ajal terlebih dulu datang menjemput.

Lily berjaya memperoleh wang RM20,000 yang diperlukannya selepas menjawab soalan ‘negeri kelahiran penyanyi Ziana Zain’ dengan betul menerusi pusingan kedua.

Program yang dibuat secara rakaman ini, ternyata mengundang air mata penonton di studio mahupun di rumah dan khabarnya mendapat maklum balas positif daripada masyarakat Malaysia.

Rata-rata memuji rancangan itu kerana ia bukan sekadar program nyanyian semata-mata, malah ia membantu peserta menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mikrofon Impian merupakan program realiti yang diadaptasi dari Thailand iaitu Mic on debt off.

Program itu mengekalkan format sama yang mana dua peserta akan berkongsi kisah mereka dan nyanyian mereka.

Juri akan memilih peserta terbaik untuk peluang memilih mikrofon impian mereka.

Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai hos, manakala Fauziah Latif, Azmi Caliph Busker dan Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali pula menjadi juri tetap Mikrofon Impian bagi memilih seorang pemenang pada setiap episod.

Foto: URTV

Mikrofon Impian bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Trending Thu, 13 Aug 2020
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menzahirkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya penuh dengan sifat belas ihsan selepas membantu pelakon, Azar Azmi.

Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

Trending Wed, 20 Nov 2019

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

Mereka ditahan utuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas proses tersebut

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Featured Wed, 21 Feb 2024

“Suami Tak Boleh Tinggikan Suara Dengan Saya” – Janna Nick Akui Sensitif Dan Mudah Terganggu

Haa, yang kata bimbo lah, sengaja buat suara baby lah… tak baik tau! Janna tak boleh orang suara kasar ni.

Featured Wed, 21 Aug 2024

Kongsi Rutin Harian Bersama Ibu Bapa, Shukri Yahaya Bikin Netizen Sebak! – “Comelnya! Bila Dengan Parents Auto Jadi Budak Kecil”

Alahai, comelnyaaaa! Moga ibu bapa kita semua happy dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik❤️

error: Content is protected !!