Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 30, 2026 @ 12:42pm

Disangka Kucing Sendiri, Zara Zya Kongsi Detik Seram Bunyi ‘Meow’ Dari Balkoni

Pelakon, Zara Zya berkongsi pengalaman mencemaskan apabila terjaga daripada tidur gara-gara terdengar bunyi kucing mengiau dari arah balkoni kediamannya, baru-baru ini.

Menerusi platform Threads, Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata pada awalnya dia menyangka bunyi tersebut datang daripada dua ekor kucing peliharaannya, Beshetik dan Ramlal.

“Nak tahu cerita seram tak? Semalam saya terjaga dari tidur sebab dengar suara kucing. Bunyi itu datang dari balkoni. Saya ingat kucing saya, Beshetik atau Ramlal yang sedang mengiau,” katanya.

Namun, aktres drama rantaian Sumpah Ibuku itu mula berasa pelik apabila menyedari bunyi berkenaan datang dari luar rumah.

“Tapi kenapa dari luar pula? Dan dua ekor kucing saya itu tak pernah berbunyi macam itu,” katanya lagi.

Dalam keadaan separuh sedar, Zara memberanikan diri untuk membuka pintu balkoni, namun terkejut apabila mendapati kedua-dua kucing peliharaannya sedang lena tidur.

“Saya tengah mamai dan nak buka pintu, tapi masa itu nampak dua-dua kucing saya sedang sedap tidur. Bunyi meow itu pun terus hilang,” ujarnya.

Sebelum ini, Zara pernah mendedahkan dirinya berdepan gangguan makhluk misteri yang dialaminya sejak lebih 10 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Lebih 10 Tahun Alami Gangguan Makhluk Halus, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… – “Pelik Banyak Cerita Mistik Timbul”

Artikel Berkaitan: Penyakit Cyst Disahkan Kanser Tahap Satu, Zara Zya Dedah Jalani Tiga Prosedur Pembedahan – “Syukur Dapat Kesan Awal”

Artikel Berkaitan: Zara Zya Reda Diuji Dengan Penyakit Kanser, Hargai Doa & Sokongan Peminat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Hiburan Sat, 29 Feb 2020
Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People are Suspecting Avicii Died of Overdose

The famous DJ was found dead last Friday.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025

CSOIAM: Cikgu Sarah Ismail Ramal Kai Deva, Rezza & Zazzleen Mungkin Berdepan Cabaran Besar Pada Minggu Keempat

Sarah Ismail menyebut beberapa nama yang mungkin berdepan berdepan cabaran besar untuk minggu keempat CSOIAM dan antaranya adalah Kai Deva, Rezza dan Zazzleen.

Featured Mon, 17 Nov 2025

Pendedahan Ardell Aryana Mengenai Kehilangan Kapal Mikeno, Misteri Sel 12 & Dipaksa ‘Free Hair’

Ardell Aryana, akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai kejadian yang menimpa dirinya ketika menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF).

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

error: Content is protected !!