Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 17, 2025 @ 12:48pm

Pendedahan Ardell Aryana Mengenai Kehilangan Kapal Mikeno, Misteri Sel 12 & Dipaksa ‘Free Hair’

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai kejadian yang menimpa dirinya ketika menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza menaiki kapal Mikeno, termasuk detik kapal itu ‘hilang’ selama 15 jam, pengalaman dipaksa membuka hijab serta misteri sel penjara yang didudukinya.

Ardell menceritakan semula pengalaman getirnya sepanjang misi tersebut termasuklah berdepan ancaman ‘water canon’, kepungan pihak penceroboh terhadap Mikeno dan tekanan mental yang terpaksa dihadapinya ketika dalam tahanan.

Kapal Mikeno ‘hilang’ 15 jam

Menurut Ardell, dia sendiri tidak menyedari kapal Mikeno dikatakan hilang daripada radar selama 15 jam sehingga dimaklumkan oleh anggota SNCC (Student Nonviolent Coordinating Committee) sebaik mereka tiba di Turki.

Jelasnya, insiden itu berlaku selepas kapal mereka pertama kali diserang dengan water canon sehinggalah kapten kapal mengarahkan agar Gamin tracker dimatikan, menyebabkan kapal Mikeno tidak dapat dikesan buat sementara waktu.

“Sejujurnya saya sendiri tak tahu yang kapal Mikeno ni hilang selama 15 jam. Lepas sampai dekat Turki orang SNCC (Student Nonviolent Coordinating Committee) peluk saya dan tanya kemana saya pergi sebab dah hilang 15 jam.

“Sebenarnya masa pertama kali saya kena water canon yang pertama tu, saya ingatkan saya antara yang awal kena intercepttapi rupanya first water canon itu lepastu  mereka pergi. seolah-olah mereka tak nampak kapal kami. Masa tu, kapten saya cakap off Gamin tracker kemudian kami terus keluar dari kepungan.

“Sebab tu mereka tak nampak yang kapal Mikeno pihak penceroboh tak nampak. Tapi masa berlayar tu hingga ke titik terkahir, ingatkan tak ada lah pihak penceroboh nampak tapi mereka memang kejar dan kepung kami. Lepastu, dia tembak water canon selama dua jam tanpa henti,” katanya.

@nothingimpossible.41 Mikeno memang antara kapal yang paling dekat di Gzzah🥹.jgn sedih kak ardell sekurangkrngnya kak ardell dah buka mata dunia ☺️ break the siege and break the silent💪🏻 #freepalestine🇵🇸❤️ #hasbunallahwaniqmalwakil #ardellaryana #gaza #sumudflotilla ♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – Nami Abaya Exclusive HQ

Dipaksa ‘Free Hair’

Ardell turut mendedahkan pengalaman paling memeritkan apabila tahanan wanita termasuk dirinya dipaksa membuka tudung ketika melalui proses pemeriksaan.

Menurutnya, orang pertama dilihatnya ketika masuk selepas pemeriksaan ialah Farah Lee, yang ketika itu juga dalam keadaan free hair. Kemudian Zizi Kirana dan akhir sekali adalah dirinya.

Meskipun berat hati, mereka terpaksa akur dan mematuhi arahan pihak penceroboh demi keselamatan masing-masing.

“Selepas pemeriksaan badan, mereka akan bagi baju penjara. Masa tu mana perempuan yang berhijab kena buka tudung. Masa saya masuk tu, orang pertama yang saya nampak adalah Kak Farah Lee. Masa tu saya nampak dia free hair. Jadi masa tu saya, Kak Zizi dan Farah Lee.

“Lepastu, saya cakap dekat Zizi, ‘Kak, kena free hari ni? Macam mana?’. Then, Zizi pujuk sambil kata ‘Tak apa, apa yang mereka buat ni Allah nampak. Menjawab lah mereka nanti dekat Allah,”. Iyalah sebab masa tu ada orang lelaki.

“Masa nama Zizi dipanggil, dan masa tu dia keluar pun dalam keadaan free hair. Dia pandang saya dalam kandang tucuba bagi signal mata kata “it’s okay”… Kemudian giliran saya pula.

“Masa dah masuk dalam penjara tu, Zizi jerit nama saya kemudian minta saya jadikan t shirt putih sebagai hijab sepertimana yang anda semua nampak,” jelasnya.

@mayie_bunga Akhirnya ardell dedahkan ape yg berlaku didalam tahanan issewel dgn layanan yg sngt teruk tnpa mknn tanpa air. Dan juga rupenyer zizi yg bg cadangan tuk pakai tshirt sebagai tudung..@ArdellAryana #freepalestine🇵🇸❤ #sumudflotilla #FreePalestine ♬ original sound – NuRaz💚

Cium bau bangkai setiap pukul 3 pagi

Lebih mengejutkan, Ardell berkata, bahagian paling misteri sepanjang tahanan ialah keadaan sel 12 yang didudukinya.

Ini kerana, selain mereka bertiga, sel tersebut turut dipenuhi wayar dari pelbagai arah termasuklah mengeluarkan bau busuk seperti bangkai setiap pukul tiga pagi.

“Bilik saya nombor 12 ni dari hari pertama saya dan Kak Zizi masuk kami tertanya-tanya kenapa bilik lain semau tahanan dan penuh dan padat tapi sel 12 ni hanya kami bertiga sahaja.

“Malah sel 13 pun yang saya masuk tak sama dengan sel 12. Tak banyak wayar. Sel 12 ni, memang penuh wayar, macam sesuatu.

“Dan, tiap pukul 3 pagi je akan ada bau bangkai. Dan, saya memang tak boleh tidur samapai saya berdoa untuk Allah beri mimpi penyiksaan rakyat Palestin. Tapi memang, dia ada aura lain,” kongsinya.

Sumber: TikTok, Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Usahawan Luah Kecewa, Rugi RM500,000 Akibat Selebriti Gagal Tunaikan Komitmen

Fadzil Ismail meluahkan rasa kecewa apabila beberapa artis dan pempengaruh yang telah dilantik bagi mempromosikan produknya gagal menunaikan tanggungjawab.

Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Mon, 9 Feb 2026
Trending Fri, 26 Jul 2019

Kerana Video Magik, Untungnya Tuan Badan

Impian bertemu dengan sang idola tiba-tiba menjadi kenyataan

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Usahawan Sate Daging Batang Pinang Juara Pusingan Pertama ‘Usahawan Buletin FM’

Pusingan pertama Usahawan Buletin FM menyaksikan Nur Sabrina Anuar dari Sentul, Kuala Lumpur dengan idea perniagaan Sataysfaction; gerai sate daging batang pinang telah diangkat sebagai juara yang membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin […]

Featured Thu, 15 Aug 2024

Alami Alahan Teruk, Almy Nadia Kongsi Berita Gembira… Hamil Anak Kelima

Alhamdulillah, rezeki. Moga dipermudahkan urusan bersalin inshaa-Allah❤️

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

error: Content is protected !!