Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 12, 2018 @ 4:46pm

Selepas Dikecam ‘Pondan’, Barbie ke Pasar?

Sedutan video yang dimuat-naik ke akaun Instagram milik @izubielazaffmarekan menampilkan empunya laman sosial ini yang berbaju labuci rona hitam dipadan skirt tutu merah jambu bersama bebola pelangi tampil di Pasar Besar Awam TTDI (Taman Tun Dr Ismail), menarik perhatian ramai pengunjung.

Wajahnya yang saling tak tumpah persis patung Barbie, sebelum ini pernah tular menerusi artikel Susuk 1 Juta di akhbar Metro Ahad pada 14 Oktober lalu. Penampilan aneh wanita ini di Pasar Besar dipercayai menggayakan salah #poparteikl rekaan tukang jahit termahir Malaysia, Ezuwan Ismail, yang pernah dipamerkan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018, Ogos lalu. Wow, kelasnya!

Tidak kurang yang memuji, segelintir netizen tidak dapat menerima baik caranya berpakaian ke pasar sehingga dikecam ‘over’. Portal xtra.com.my yang menghubungi Izubile Rasi atau Bella, 29 berkata, beliau singgah di pasar berkenaan setelah bertahun tidak menjejakkan kaki ke pasar.

“Jadinya teringin. Sebab selalu beli barang runcit dan basah di supermarket. “

“Kenapa saya berpakaian sebegitu, sebenarnya ada urusan lain selepas itu, sekitar pusat membeli-belah berdekatan. Ramai juga yang seakan pelik dan tak kurang juga minta untuk bergambar,” katanya.

Bella sendiri mengakui dia gemar berfesyen dan tidak pernah keluar rumah tanpa mengenakan solekan atau dalam keadaan tidak bersiap. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Wowww bukan calang-calang ek Husband Mizz Nina 🤩🤩 Sangat serasi dan saling melengkapi

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

Kesian! Anak Abam Tercari-Cari Bapanya

Semoga keluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini

Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Anak Lana Nodin Dibedah Hari Ini, Linda Onn Luah Rasa Sebak

Insya Allah… semoga pembedahan berjalan lancar hari ini. Be strong, Billy!

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

error: Content is protected !!