Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 19, 2021 @ 4:27pm

Kes Saman: Peguam Sam Samin & Aida G Nafi Dakwaan Fitnah Siti Nordiana

Jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin telah melantik peguam, Nurul Hafidzah Hassan bagi mewakili mereka menyelesaikan kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

Menurut Hafidzah dari NHA Advocates & Solicitors, beliau telah memfailkan kehadiran kedua-dua defendan pada 17 Ogos lalu.

Malah, serahan juga telah dibuat kepada pihak plaintif pada hari yang sama.

Hafidzah menyifatkan kenyataan sebelum ini yang mendakwa bahawa anak guamnya itu akan muflis sekiranya gagal memfailkan kehadiran beserta penyataan pembelaan sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu pada 17 Ogos 2021 adalah salah sama sekali.

“Kedua-dua anak guam menafikan segala dakwaan yang telah dikemukakan oleh pihak plaintif.

“Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat. Anak guam saya menyangkal dakwaan yang mereka telah memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas mereka (anak guam),” katanya kepada Gempak.

Selain itu, Hafidzah yang juga dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli menjelaskan, anak guamnya menganggap bahawa semua dakwaan yang dinyatakan adalah palsu dan percaya bahawa saman ini adalah satu bentuk ugutan dan ancaman kepada mereka.

Ini kerana, tiada sebarang percakapan telah dilakukan dengan niat jahat oleh defendan dan saman yang dibuat oleh pihak plaintif tidak memenuhi standard undang-undang saman fitnah.

Justeru itu, beliau yakin bahawa anak guamnya mempunyai pembelaan yang baik.

Sebelum ini, peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak yang mewakili tiga defendan lain iaitu Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim memaklumkan bahawa kemungkinan anak guam mereka akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah mengenai tuntutan yang dibuat oleh Nana.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

 

Sumber  : Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Mar 2020

Disambar api lilin kek hari jadi, mimpi ngeri buat remaja ini!

Hadiah hari jadi yang tidak dapat dilupakan

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Kita Semua Sama, Tak Kira Drive Kereta Apa Pun… Yang Penting Buang Sifat Riak & Takbur” – Nur Fazura

Nur Fazura sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

“Makeup Pun Nak Pegang Tangan…” – Awal Ashaari Usik Aksi Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol

Awal Ashaari sempat mengusik Ameera Khan dan Jefri Nichol papar aksi romantik

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Rezeki Tidak Disangka! Ernie Zakri Curi Perhatian Tampil Ringkas Terima Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37, Ini Penjelasan Empunya Badan

Ernie Zakri bergegas kembali semula ke lokasi acara ABPBH37, terpaksa berlari akibat jalan sesak

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Vicha Saywho Kongsi Keterujaan First Time Naik MRT Selepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia.. Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak: “Makin Muda & Cantik!”

Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas lebih 16 tahun di negara ini.

Featured Wed, 5 Oct 2022
error: Content is protected !!