Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 19, 2023 @ 8:14pm

Terima Bayaran Tak Masuk Akal & Terpaksa Ajar Pelakon Baharu Hayati Watak, Didie Alias Rasa Terhina?

Artis versatile, Didie Alias meluahkan rasa kecewa terhadap industri hiburan tempatan yang semakin tenat dengan isu bayaran rendah terutamanya terhadap artis senior.

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, dia tidak berpuas hati dengan isu bayaran ‘ciput’ yang diberikan kepada golongan artis yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Bahkan, dia sendiri tegas dengan pendirian untuk menetapkan jumlah bayaran yang dianggap setaraf dengan lakonannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

“Tak tahulah, industri hiburan makin lama makin teruk, kita selaku artis senior ni nampak hina sangat ke?

“Saya boleh mengacara, saya boleh buat radio, review, kandungan di media sosial saya sendiri.

“Kalau dia tak nak bayar dengan harga yang saya letak, saya buat kerja lain.

“Tapi kesian kepada kawan-kawan saya lah sebab mereka hanya tumpu kepada lakonan sepenuhnya,” katanya.

Ketika ditemui XTRA, Didie atau lebih mesra dengan panggilan Mummy turut menjelaskan, isu bayaran yang diletakkan terlampau murah ini sebaliknya tidak menimpa artis-artis baharu yang sedang bertatih dalam bidang lakonan.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman, namun produksi tetap menawarkan bayaran lumayan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Bahkan, ada diantara mereka yang hanya tular seketika di media sosial tetapi ditawarkan bayaran sebanyak RM5000 bagi satu episod sahaja.

Berbeza dengan golongan artis veteran yang sudah lama menapak dalam industri dan hanya diberikan bayaran sebanyak RM100 sahaja.

“Kawan-kawan Mummy, empat hingga lima bulan dah tiada kerja kerana hanya bergantung dengan kerjaya lakonan ni.

“Mummy cakap perkara ini untuk mewakili kawan-kawan Mummy,” jelasnya.

 

Mengulas lanjut, Didie juga berasa geram dengan sesetengah artis baharu apabila bersifat ‘kayu’ di set penggambaran.

“Sudahlah berlakon pun kita nak kena ajar, tapi bayaran dia lebih tinggi.

“Dulu betapa susahnya saya dan rakan-rakan artis lain untuk menceburi bidang ni.

“Mereka perlu hadiri ujibakat dan melalui banyak fasa kerana kriteria untuk menjadi seorang pelakon amatlah ketat.

“Berbeza dengan zaman sekarang, mereka hanya perlu bermodalkan rupa dan ‘kisah panas’ semata-mata,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Sementara itu, Didie memaklumkan, dia tidak akan pernah bersara daripada bidang lakonan kerana itu adalah kerjaya yang dicintainya

“Aku takkan bersara. Kalau aku bersara, tiadalah Didie Alias.

“Nanti peminat rindu, jadi Mummy tak akan bersara dari industri,” ujarnya.

Sekadar info, Didie Alias dan anak perempuannya, Diana Redzuan merupakan antara peserta Dapur Tempur Selebriti yang akan disiarkan di TV9 bermula 18 November depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Tak Gentar Kalau Awak Saman, Saya Hanya Pertahankan Hak!” – Fara Salleh Bidas Shuk Sahar

Fara Salleh tepis dakwaan Shuk Sahar buat kenyataan tak berasas

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

陈泽耀首演新加坡网剧!回归校园演学生直嚷:回春十年

陈泽耀首演新加坡网剧《看见看不见的你》,与陈楚寰上演清新人鬼恋。回归校园演学生直嚷:「回春十年!」

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Ramona ZamZam Rindu Siapa Tu?

Sabar okay Ramona! Waktunya pastinya tiba.

Trending Mon, 3 Jun 2019

队友「吃鸡」太弱!让男气到心脏骤停

队友「吃鸡」太弱! 16岁少年玩六小时狂输,气到心脏骤停~

error: Content is protected !!