Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2025 @ 2:36pm

“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Sejak kebelangan ini, perkongsian pelakon popular, Rita Rudaini menyorot perhatian apatah lagi hantarannya itu kelihatan seakan-akan meluahkan perasaannya terhadap individu yang gagal menunaikan tanggungjawab terhadap kedua anaknya.

Kata Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, dia adalah individu yang memikul segala tangungjawab membesarkan anak-anaknya sejak kecil sehinggalah ke hari ini.

Justeru, menegaskan bahawa kebenaran tidak pernah tunduk pada cerita rekaan.

“Saya yang memikul tanggungjawab dari mereka kecil hingga hari ini namun awak mampu berdiri mendakwa seolah semua datang dari usaha awak.

“Cerita mungkin boleh disusun indah dihadapan manusia tapi dihadapan Tuhan, kebenaran tidak perlukan suntingan,” katanya.

Dalam hantaran sama, pemenang kategori Aktres Pembantu Popular ABPBH 24 ini menjelaskan, kedua anaknya tidak akan menjauhkan diri daripada individu berkenaan disebabkan hasutan tetapi pengalaman yang dilalui mereka sejak kecil.

Tidak habis disitu, Rita berkata, individu berkenaan juga tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya anak-anaknya itu memilih untuk menjauh.

“Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan tapi kerana pernah dibiarkan.

“Usah salahkan angin, kalau sendiri yang longgarkan ikatan,” jelasnya beserta tanda hashtag #Kifarahisreal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Martabat Jenama Fesyen Lokal, Nora Danish Perkenalkan Koleksi Denim Eksklusif ‘Nora Danish x Marii for Amber’

Nora Danish melangkah setapak lagi dalam dunia fesyen apabila melancarkan kolaborasi istimewa, Nora Danish x Marii for Amber.

Trending Tue, 18 Sep 2018

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD

kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Ella Masih Memukau, Bukti Konsert Ella Unplagged In Kuala Lumpur Dapat Standing Ovation

Standing Ovation buat Ella dan semua krew terlibat dalam menjayakan Konsert Ella Unplugged!

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Bakal Mengambil Tawaran Berkualiti Sahaja Kali Ini

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti itu diantara sebab mengapa bakal memilih tawaran berkualiti mulai sekarang

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Gelar Kafir, Kan Itu Sensitif

“Kalau Ya Pun Marah, Janganlah Sampai Panggil Saya Kafir”

Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

error: Content is protected !!