Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 28, 2020 @ 5:28am

“Saya Kurang Sihat, Tak Cukup Tidur Jaga Anak Meragam” – Hampir Bertumbuk Dengan Tuah Adzmi, Tajul Akui Wujud Perselisihan Faham Ketika…

Penyanyi Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Arif Noor Md Shari, 22, mengakui wujudnya perselisihan dengan penyanyi baru, Tuah Adzmi ketika proses rakaman single terbarunya berjudul Izinkan Aku.

Buat pertama kalinya, Tajul menyanyikan lagu ciptaan Tuah dan lagu cinta berentak balada itu turut mendapat sentuhan lirik dari Tajul sendiri, namun mereka dikatakan saling bertikam lidah dan hampir bertumbuk ketika berada di studio.

“Sebenarnya, saya tak nak sebut tentang hal ini sebab saya tak suka besar-besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap professional.

“Ya, saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia tak nak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.

“Kebetulan, saya memang kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum itu, anak saya meragam. Atas sebab itu, tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman itu berlangsung,” kata Tajul.

Penyanyi & komposer baru, Tuah Adzmi

Biarpun suasana menjadi panas, mereka dapat menyelesaikan sesi rakaman terbabit selepas berhenti rehat.

“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sesi rakaman tetapi dia tetap mahu saya selesaikan rakaman vokal. Selepas dileraikan oleh pihak pengurusan, pertelingkahan kami terhenti di situ dan saya memohon maaf kepada Tuah.

“Saya amat menyesal dengan apa yang berlaku. Mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi. Kita pun dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar bapa.

“Jadi, saya tidak mahu perkara negatif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua,” kata Tajul lagi.

Lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Nurul Shamieza, kehidupan Tajul kini bahagia dengan kehadiran anak sulungnya, Adriana Carisa yang berusia setahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kurniaan Allah. Apa yang saya harapkan, lagu baru saya ini mendapat respons positif peminat walaupun saya kini sudah bergelar bapa, moga sokongan peminat terhadap saya tidak berkurang.

“Terima kasih pada semua peminat saya yang selama ini menyokong saya, moga kalian terus menyokong bapa muda ini, agar saya dapat membuktikan kepada semua bahawa tidak salah berkahwin di usia muda asalkan suami rajin dan cekal bekerja demi keluarga dan anak,” katanya lagi.

Dengarkan single terbaru Tajuk, Izinkan Aku di semua platform penstriman digital dan di YouTube bermula 24 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Trending Sun, 14 Nov 2021

Harith Zazman Umum Isteri Hamil Dalam Muzik Video Shut Up

Jika dua lagu sebelum ini iaitu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Tak Tahu menampilkan penyanyi Harith Zazman berkolaborasi bersama bintang lain, kini bakat baharu itu muncul dengan single solo berjudul Shut Up. Lagu […]

Trending Mon, 20 Sep 2021

Pangkor, Redang, Tioman Dijangka Dibuka Dalam Masa Terdekat

Selepas Pulau Langkawi dibuka kepada orang ramai semenjak 16 September lalu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman pula menjadi antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka dalam masa terdekat. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan […]

Featured Tue, 8 Feb 2022

Majikan Digalakkan Terus Amalan Kerja Dari Rumah Atau Secara Cegah COVID-19

Majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat daripada COVID-19. Ia diputuskan selepas sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan […]

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoeven, Rakaman CCTV Jadi Bukti di Mahkamah

Paula Verhoeven bawa pakar forensik di perbicaraan cerai, dakwa dikasari Baim Wong

Featured Wed, 26 Feb 2025

Kalis Kecaman, Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi

Fattah Akin nafi jual kisah peribadi.

error: Content is protected !!