Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2026 @ 2:41pm

“Saya Rasa Beban Kepada Keluarga” – Pernah Berada Dititik Terendah, Dafi Akui Alami Gangguan Emosi

Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri mengaku pernah berdepan titik terendah dalam hidupnya termasuklah mengalami gangguan emosi.

Kata Dafi atau nama lengkapnya, Gadaffi Ismail Sabri, 37, perasaan rendah diri dan merasakan diri tidak memberi sumbangan kepada sesiapa termasuklah keluarga dan industri, pernah menghantui fikirannya.

“Ya, memang ada fasa begitu. Bila saya tengok ayah sendiri, adik-beradik lain yang berjaya dalam apa yang mereka buat, saya rasa saya tidak sampai ke tahap mereka. Masa itu saya lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada dan hanya fikir apa yang saya tak ada.

“Tapi titik terendah saya tidaklah sampai hendak bunuh diri, tapi saya mempersoalkan apa gunanya saya ada di dunia ini. Macam saya tak menyumbang apa-apa kepada sesiapa.

“Saya rasa macam beban kepada keluarga, apa sumbangan saya dalam industri, orang suka saya atau tidak. Benda-benda macam itu bermain di fikiran saya,”katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mengambil inisiatif untuk berjumpa pakar, Dafi mengakui pernah terfikir untuk mendapatkan rawatan psikiatri, namun bersyukur kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan sokongan padu daripada keluarga dan orang sekeliling.

“Ada sahaja. Saya melihat berjumpa psikiatri sebagai sesuatu yang sangat positif.

“Tapi saya tidak berkesempatan nak pergi jumpa sebab saya rasa saya dah cukup bagus ada sistem sokongan (support system) yang kuat. Tapi kalau benda ini berterusan, tak mustahil saya akan pergi jumpa,” jelasnya.

Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada malam pementasan Projek Tentang Rasa yang diadakan di Damansara Performing Art Centre (DPAC), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dafi mengaku, dia lebih gemar memendam perasaan daripada berkongsi kepada keluarga dek kerana tidak mahu orang tersayang berasa terbeban dengan perasaannya.

“Masalah saya ialah saya jenis orang yang menyimpan. Saya rasa esok ayah datang (tengok teater), dia mungkin terkejut. Sebab tujuan saya dalam mana-mana kumpulan adalah untuk buat suasana gembira

“Nak ceritakan masalah kepada orang adalah sesuatu yang berat bagi saya. Saya tak nak merisaukan orang dan menambah beban mereka,” ujarnya.

Sekadar info, Dafi tampil dalam pementasan teater berjudul ‘Monolog Aku’ yang diadapatasi daripada kisah peribadinya.

‘Monolog Aku’ adalah sebuah naskhah tentang rasa yang terpendam, tentang ‘Aku’ yang jarang dilihat dan tentang keberanian untuk berhadapan dengan diri sendiri.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam pementasan Projek Tentang Rasa yang diarahkan oleh Syawal Azrai Mokhtar ini adalah, Adriana Adnan, Syazwan Razak, Zaid Erakad, Maryam Tarmizi, Amir Mirza dan Syawal Azrai.

Pementasan Teater Projek Tentang Rasa ini akan berlangsung dari 6 sehingga 8 Februari 2026 di Damansara Performing Art Centre (DPAC), Petaling Jaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Karakter Anak Zarina Zainuddin Jadi Sumber Rujukan

Bukan senang nak bawa watak Fatonah, nampaknya usaha berbaloi juga akhirnya. Tahniah Nad Zainal!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Isteri Sudah Tawar Hati, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad…

Semoga dapat diselesaikan secara baik…

error: Content is protected !!