Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 7:37am

‘Rock It Like Amy’ Tema Busana Konsert Amy Search Magic Pada 26 April Depan

Legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana buat peminat yang bakal hadir ke konsert yang dijangka berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.

Bertemakan Rock It Like Amy, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.

Menurutnya, tema itu bukan sekadar gaya pemakaian, tetapi satu penghormatan kepada evolusi muzik rock serta perjalanan seninya selama lebih empat dekad.

“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.

“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.

Menurut Amy, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.

“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya.

Tiket untuk konsert boleh dibeli menerusi platform www.wowtix.com.my .

Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Sat, 28 Sep 2019

Tahniah…Datuk Alha Alfa Sah Bergelar Suami!

Selamat Pengantin Baru, Datuk Alha & Datin Azlin!

Trending Thu, 10 Jan 2019

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Featured Sun, 25 Jun 2023
error: Content is protected !!