Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 18, 2022 @ 3:49pm

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pelakon Ako Mustapha mengakui terlalu mengikut nasihat orang sekeliling tentang amalan bagi memulihkan penyakit diabetes sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat tiada kandungan insulin dalam badan.

Memetik laporan mStar, dia tidak pernah mendapatkan informasi daripada pakar perubatan dan mudah percaya dengan amalan dikongsi orang ramai.

“Saya tidak pernah ada pengetahuan yang betul sejak menghidap penyakit itu apatah lagi saya pula jenis suka dengar cakap orang lain dan cuba pelbagai amalan tradisional sehingga mengabaikan pengambilan ubat-ubatan dibekalkan hospital.

“Saya ini macam kambing yang tak berfikir, ikut sahaja apa orang kata tentang tip dan amalan boleh dilakukan dan disebabkan itu ia menjejaskan kesihatan saya kerana apa dilakukan itu bukan cara terbaik.

“Apabila terlalu mendengar cakap orang, ada masanya saya juga terlupa ambil ubat dibekalkan pihak hospital,” katanya.

Namun, Ako tidak menyesal atas kesilapan diri yang terlalu mengikut nasihat orang lain tanpa nasihat pakar kerana menurutnya niat mereka untuk membantu.

Pada masa sama, individu yang mempunyai masalah kesihatan perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang sesuatu penyakit dan mendapatkan nasihat pakar perubatan.

“Mereka yang memberi nasihat itu kerana ingin membantu. Mungkin pengalaman mereka berbeza. Saya tidak menyesal ikut nasihat tersebut kerana sekarang ini ia telah membuka mata saya tentang ilmu sebenar dan apa yang patut dilakukan.

“Kita kenalah dapatkan ilmu yang betul tentang penyakit diri sendiri daripada pakar kerana mereka telah dilatih bertahun-tahun tentang masalah tersebut,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Sepupu Rihanna Ditembak Mati Selepas Rai Krismas

Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati  beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama. Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne […]

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Hiburan Thu, 26 May 2022
Drama Wed, 13 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alamak betul ke inai Neelofa ni tak cantik? Siti Nurhaliza dakwa pernah bertemu Lailatul Qadar? 🥲🥺Min setuju drama Risik Pada Hati ni sangat meruntun jiwa 😭😭

error: Content is protected !!