Hiburan By: Fatin Nurain March 9, 2023 @ 6:23pm

“Dia Antara Orang Yang…” – Persahabatan Masih Kekal, Jep Tetap Sayangkan Shuib

Pelawak Jep tampil menjelaskan bahawa hubungan persahabatannya bersama Shuib masih lagi kekal dan tiada masalah.

Terdahulu, Jep telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan penglibatan Shuib menerusi sebuah program terbitan stesen televisyen berbayar yang pernah dikendalikan oleh mereka bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Jep hanya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku demi mengelakkan fitnah atau salah faham dalam kalangan peminat rancangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Namun, tular sebuah video di  TikTok Jep menjelaskan bahawa dia masih sayangkan persahabatannya bersama Shuib biarpun sudah tidak bekerjasama lagi.

Perkongsian tersebut telah dibuat selepas pelawak itu disoal oleh salah seorang peminatnya ketika live.

“Mestilah sayang. Saya sayang kawan-kawan saya. Yang saya ceritakan tu saya jelaskan keadaan je. Tak adalah bila macam tu kita tak kawan ke musuh.

“Dalam penulisan tu saya tak ada pun sentuh apa-apa saya cuma jelaskan itu kenyataannya. Kalau nak tanya sayang ke tak, mesti sayang kawan-kawan kan,” katanya.

Selain itu, suami kepada pelakon Sari Yanti itu turut menyatakan sebenarnya sebelum ini dia yang membawa haluannya sendiri daripada terus terlibat dalam kumpulan Sepah.

Sedikit imbasan, Sepah merupakan kumpulan komedi yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Mamat yang menyebabkan nama mereka terus meningkat naik sehingga kini.

“Shuib ke Mamat ke itu semua memang kawan-kawan saya daripada kampung. Dalam Sepah tu sebenarnya saya yang keluar sebenarnya.

“Cuma ada yang cakap Mamat yang keluar dari Sepah sedangkan dia masih lagi bawa nama tu. Sebab tu bila saya keluar saya tak bawa nama tu. Jadi, tiada sesiapa buang sesiapa.

“Tapi dalam kehidupan ni, kita ada kawan yang kita selesa untuk berkawan dan ada yang kita selesa untuk bekerja. Persahabatan kami memang macam tu sahaja tak berubah apa-apa pun,” jelasnya.

Jep juga sempat menyatakan dia tetap sayangkan persahabatannya bersama Shuib setelah mengharungi pelbagai liku kehidupan bersama sepanjang bergelar anak seni.

“Berbalik pada soalan tu, mestilah saya sayang Shuib. Dia di antara orang yang menemani perjalanan seni saya. Tapi haritu saya cerita keadaan sebenar supaya tak tergantung, jadi fitnah, ada andaian yang bukan-bukan,” katanya.

@y13nnn29_ DOA YANG BAIK² #jep #jepsepahtu #jepsepahtu🤣 #jeptapan #tapantakgila #shuib #shuibsepahtu #mamat #mamatsepah #sepah #rahim #lawakmalaysia #lawak #sultan #live #random #lawakmalaysia #lawak #viral #trending #fypage #fypシ #fyp #fypシ゚viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #friends #friendship #fypシ #fyp #fypシ゚viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #beranda #berandatiktok #xyzbca ♬ Silence 3 Minutes – Silence for Meditation

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man in Trouble for Posting Mocking Photo of Najib

We still can’t post such nasty remarks.

Luar Negara Thu, 4 Aug 2022

Laudya Cynthia Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni

Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia lakonan.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Single ‘Hari Baru’ Pasya Jadi OST Kampung People 3

Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraf Fauzi kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Hari Baru. Lebih menarik lagi, lagu itu telah menjadi runut bunyi bagi drama Kampung People 3 yang disiarkan di slot Lestary

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Hiburan Sat, 25 May 2019

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Trending Fri, 13 Apr 2018

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Namun menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun. Aik, mana satu yang betul ni?

| Live TV