Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 9, 2020 @ 8:48pm

Wanita umur 23 tahun kes kematian termuda COVID-19 di Malaysia

Kematian seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sarawak di Hospital Umum Sarawak akibat jangkitan COVID-19 hari ini mencatat kes kematian termuda di negara ini.

Beliau yang juga kes 2,864 adalah antara dua kes kematian baharu yang menjadikan kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia sehingga hari ini adalah sebanyak 67 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kematian wanita berkenaan berpunca daripada kelewatan beliau mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar hiasan/NSTP)

“Kes kematian ke-67 membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun. Beliau yang mempunyai sejarah penyakit tiroid adalah kontak rapat kepada kes ke-2,469 dan kes ke-2,470 , serta generasi kelima kluster persidangan gereja di Kuching Sarawak, namun beliau tidak menghadiri perhimpunan itu.

“Kematiannya berpunca daripada kelewatan mendapatkan rawatan di hospital apabila beliau datang pada tahap empat dan sudah mempunyai inflamasi yang agak serius. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.42 pagi tadi,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kes kematian ke-66 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun yang mempunyai penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik lain, selain mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau meninggal dunia di Hospital Melaka pada jam 5 pagi tadi.

Sehingga kini sebanyak 1,701 kes positif COVID-19 membabitkan kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala kluster perhimpunan gereja di Kuching membabitkan 110 kes positif COVID-19 dan tiga kes kematian.

Kluster majlis perkahwinan di Bangi sehingga kini menyebabkan 95 kes jangkitan, manakala kes import dari Itali di Kuching sebanyak 41 kes positif COVID-19 dan lima kematian. Kes subkluster di Rembau pula sehingga kini sebanyak 29 kes jangkitan direkodkan.

Pada hari kesembilan pelaksanaan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 109 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, iaitu kes harian terendah dengan jumlah kumulatif kes jangkitan di Malaysia sebanyak 4,228 kes.

Sementara itu, kes yang masih dirawat di hospital adalah sebanyak 2,553 kes dan sebanyak 121 kes sembuh dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan kumulatif 1,608 atau 38 peratus kes sembuh di negara ini.

Jumlah kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) turun kepada 72 kes, berbanding 76 kes semalam. Daripada jumlah itu, kira-kira 30 peratus pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun,  jumlah pesakit yang sembuh daripada kes di ICU atau yang berada pada tahap empat dan lima adalah sebanyak 30 hingga 40 peratus, sekali gus menunjukkan rawatan diberikan di hospital negara ini berkesan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Jun 2021

Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada […]

Featured Fri, 20 Aug 2021

Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda. Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik. “Kalau dulu Daiyan boleh […]

Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Sat, 15 Jun 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Featured Mon, 9 May 2022

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Lahhh, macam tu pula.. Keluarga mereka ni lah patut dicontohi, tak pernah bermasam muka..

error: Content is protected !!