Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 3, 2025 @ 3:42pm

Shasha Abedul Dedah Alami Gangguan Mistik Di Set, Jelaskan Isu Tidak Bertudung Dalam Filem ‘Malam Terlarang’

Pelakon, Shasha Abedul mendedahkan dia pernah mengalami kejadian misteri ketika menjalani penggambaran filem seram terbaharunya, Malam Terlarang, yang difilemkan di kawasan paya bakau terpencil.

Menurut Shasha, 29, antara pengalaman yang masih segar di ingatannya ialah apabila terdengar suara dipercayai pembantu pengarah memanggil namanya namun ketika ditanya kepada tuan badan, dia menafikan perkara itu.

“Saya sendiri pernah alami gangguan. Satu malam saya dengar suara orang panggil saya untuk bersiap di set, tapi bila saya tanya semula, orang itu kata dia tak panggil pun. Memang meremang,” katanya.

Shasha berkata demikain ketika ditemui pada malam gala Malam Terlarang, baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai penampilannya yang tidak bertudung dalam filem itu, Shasha berkata penggambaran dijalankan sebelum dia berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya pertengahan tahun lalu.

“Filem ini dirakam pada Julai tahun lepas, sebelum saya berhijab sepenuhnya. Jadi saya harap penonton faham dan maklum ketika itu saya masih belum bertudung,” ujarnya.

Tambah Shasha, perubahan imej selepas penghijrahan tidak menjadi halangan untuk terus aktif dalam dunia seni malah membuka ruang untuknya mencuba watak yang lebih luas.

Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu juga menjadi pengalaman pertama Shasha menjayakan naskhah bergenre seram, yang menuntut kekuatan fizikal dan emosi tinggi.

“Watak Mawar berat dari segi emosi dan fizikal. Untuk nampakkan keletihan watak itu, saya sengaja tidak tidur di set supaya benar-benar nampak lesu.

“Penggambaran dijalankan dari jam 6 petang hingga awal pagi, ada masa sampai 12 jam. Tapi dari situ saya belajar tentang disiplin dan ketahanan diri,” jelasnya.

Berlatarkan era 1980-an, Malam Terlarang mengangkat tema “Bila Bertuhankan Nafsu”, menggambarkan bagaimana manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak duniawi.

Naskhah ini menyorot kisah Mawar, gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impian menjadi wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, sementara bapanya, Omar, sibuk dengan dunia politik.

Namun, selepas kematian kakaknya, Safar, dia mula diganggu pelbagai kejadian aneh yang membongkar rahsia hitam keluarganya.

Selain Shasha, filem terbitan Tanahair Films ini turut dibintangi Zul Ariffin, Datin Sofia Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Sharifah Haneesya, dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Altimet akhirnya bersuara setelah sekian lama memendam rasa.

Trending Thu, 4 Jan 2018

Wan Azizah Umum Anwar Bakal Bebas 11 Jun Ini

Tempoh hukuman penjara bagi Anwar selama lima tahun dipendekkan menjadi 3 tahun

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Khabar sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram […]

Hiburan Thu, 31 May 2018

Anak Lan Solo Bakal Dibedah Hari Ini

Anak keempat penyanyi Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang mengalami clift lip atau sumbing bibir agar pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar.

Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Wed, 22 Oct 2025

“Selama Ni Aku Diperbodohkan Seluruh Ahli Keluarganya?” – Uqasha Senrose Dakwa Nikah Tanpa Pengetahuan, Pertikai Tarikh Sijil Nikah Berbeza Dari Hari Akad

Pelakon popular, Uqasha Senrose menyorot perhatian ramai selepas berkongsi beberapa foto perkahwinan miliknya beserta foto surat akaun nikah miliknya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli.

Trending Fri, 7 Jan 2022

5 Selebriti Popular Malaysia Berguru Dengan 8 Master Dari Korea & Malaysia Dalam Master In The House Malaysia!

Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia yang akan mula bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10 malam! Bakal bersiaran untuk 10 […]

Events Wed, 29 Aug 2018

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya

error: Content is protected !!