Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2019 @ 2:23pm

‘ Saya Malu Nak Tanya Orang Jalan Pulang’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sesat 10 Hari Di Singapura

Disebabkan sifat terlalu pemalu, seorang warga Malaysia sesat selama 10 hari di kota Singapura.

Remaja berusia 18 tahun itu akhirnya ditemui oleh seorang individu warga Singapura pada 6 Januari lalu.

Memetik laporan eNanyang, lelaki ini telah dijumpai di Haig Road, Singapura.

“ Saya duduk berseorangan di sebuah taman dan tidak tahu lokasi sebenar ketika itu. Seorang wanita berusia 70 tahun datang ke arah saya dan bertanya sama ada saya lelaki dari Malaysia yang hilang itu.

 “ Saya tinggalkan rumah rakan pada pagi 26 Disember 2018 dengan membawa hanya SGD 50 (sekitar RM 152).

“ Saya berjalan ke sebuah kafe berdekatan namun ketika hendak pulang ke rumah, saya tidak menjumpai jalan yang betul,” katanya.

Lebih menyukarkan keadaan apabila dia meninggalkan dompet, telefon dan wang tunai RM 1500 di rumah rakannya.

“ Saya berjalan 12 jam sehari mencari rumah rakan tetapi tidak menjumpainya kerana semua blok dilihat serupa. 

“ Sepanjang 10 hari sesat, saya menggunakan tandas di pusat beli belah dan tidur di luar blok apartment,” katanya.

Lelaki ini mengakui dia sangat pemalu dan tidak pandai menegur orang tidak dikenali. 

“ Saya menghabiskan wang SGD 50 pada hari ke lapan dengan menggunakannya membeli makanan setiap hari.

“ Disebabkan terlalu lapar dan haus, selepas hari ke lapan saya mengemis daripada orang ramai meminta wang,” katanya yang trauma datang ke Singapura lagi selepas mengalami pengalaman buruk di sana.

Menurut Sin Chew Daily, lelaki berkenaan sudah pulang ke Malaysia menaiki bas dan kini mencari kerja di sini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jangan datang dengan imej selekeh ok?

Featured Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Pergi Tak Kembali… Al-Fatihah Buat Penyanyi Azreen Manan

Menurut Shah, Allahyarham yang berusia 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Trending Tue, 26 Apr 2022

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Berita baik! Tol percuma dan diskaun tol 30 dan 50 peratus dapat meringan beban rakyat untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Featured Wed, 13 Mar 2024
error: Content is protected !!