Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2024 @ 10:19am

Aliff Syukri Batal Hasrat Terbit Lagu Raya Tahun Ini -“Komposer Saya Buat Ta*k”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kesal apabila tidak dapat menerbitkan lagu raya nyanyiannya pada tahun ini.

Menurut Aliff, dia mendakwa komposer yang bertanggungjawab menyiapkan lagu raya miliknya telah berpaling tadah dan memberikan lirik lagu tersebut kepada artis lain.

“Maafkan saya awak, komposer saya buat ta*k, curi lagu saya lirik saya kasi dekat artis lain. Maaf semua sebaba saya kecewakan anda,” katanya.

Mengulas lanjut, bapa kepada lima orang cahaya mata itu juga memaklumkan, dia berasa kecewa dengan industri muzik di Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat nyanyiannya.

“Saya mungkin tidak dapat keluarkan lagu raya tahun ini semua. Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysiayang tidak pernah menghargai bakat saya.

“Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” jelasnya.

Perkongsian itu dimuat naik Aliff menerusi hantaran yang di Instagram miliknya pada Selasa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Thu, 12 Sep 2019

Twitter Permaisuri Agong Di Tutup?

Harapan netizen agar baginda mengaktifkan kembali akaun Twitter. Mungkin ada masalah teknikal sahaja.

Featured Tue, 21 Feb 2023
Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Hiburan Sun, 23 Feb 2020
error: Content is protected !!