Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 8, 2023 @ 3:10pm

3 Bulan Fyna Jebat Tak Dapat Dihubungi, Didakwa Emosi Terganggu Bercerai Dengan Zainal? – “Mesej Dan Call Pun Tak Jawab…”

Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan sudah lama tidak berhubung dengan adiknya, Fyna Jebat selepas isu berhubung penceraian dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.

Menurutnya, dia yakin adiknya mampu menyelesaikan masalah peribadi sendiri dan mungkin memerlukan waktu bersendiri untuk bertenang.

“Kali terakhir kami berhubung pada tiga bulan lalu. Selepas itu, Fyna menghilangkan diri bila mesej dan call pun tidak dijawab.

“Dua bulan lalu Fyna ada call saya, tetapi tak sempat jawab. Masa tu saya sibuk dengan penggambaran dan memintanya hubungi saya semula pada waktu malam.

“Tapi dia terus senyap. Saya tak terkejut pun kerana itu memang cara Fyna, mungkin dalam tempoh bertenang. Fyna tak biasa dengan perhatian media dan netizen.

“Rasanya Fyna juga mungkin sedang cuba lari atau terima hakikat. Saya tak pasti dan tahu tahap kritikalnya. Kalau kritikal, dia akan cari saya. Kalau tidak, dia masih okay,” jelasnya.

Meskipun mereka mempunyai pertalian hubungan adik beradik, Ayda bagaimanapun tidak mahu mencampuri urusan peribadi Fyna.

Namun, dia mengakui perkara yang berlaku pada Fyna memberi kesan kepada keluarga mereka.

“Kalau boleh saya tak mahu masuk campur urusan peribadi. Tapi kalau tentang karier, kalau nak suruh buat lagu, dia boleh datang kepada saya.

“Keluarga semestinya terkesan, terutama emak. Namun Fyna pilih jalan ini.

“Sebagai keluarga, kami terima apa sahaja jalan yang dipilih. Saya harap benda yang terjadi ini terbaik untuknya dan orang sekeliling yang terkesan dengannya,” ujarnya semasa ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan, Aura White Beauty, di Park Royal Collection, Kuala Lumpur.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei Lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Kontroversi membabitkan Zainal dan Fyna timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada awal tahun ini.

Sekian lama mengunci mulut, Fyna akhirnya mengesahkan statusnya sebagai isteri Zainal dalam satu sidang media ketika menyertai Famili Duo pada 9 Januari lalu.

Untuk rekod, Zainal berstatus suami orang dan telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar – “Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” 

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Cerai Fyna Jebat Tular, Ini Respons Zainal Abidin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Trending Fri, 27 Nov 2020
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Korang dah dapatkan tiket ke belum? Dapatkan tiket di www.tixmalaysia.com.

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Rasa Nak Turun Jalan Kaki Je!” – Zara Zya ‘Tersadai’ 2 Jam Dalam Kesesakan, Luah Realiti Pahit Warga Lembah Klang

Zara meluahkan rasa tertekan apabila perjalanan paginya dari Setia Alam ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir dua jam

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Pusara Anak Dikerumuni Burung Merpati, Amyza Aznan Sebak – “Apa Amalanmu Wahai Anak…”

Amyza mempersoalkan apakah amalan yang dilakukan anaknya itu yang turut disayangi oleh makluk ciptaan Allah SWT yang lain.

Featured Thu, 18 Jul 2024

Ibu Aliff Aziz Dedah Tidak Dapat Berjumpa & Bercakap Dengan Cucu -“We Will Not Stop Trying To See You”

Kita doa yang baik-baik moga hubungan keluarga ini dalam keadaan baik-baik sahaja👍

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

error: Content is protected !!