Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 17, 2023 @ 4:56pm

Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar – “Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” 

Konflik rumah tangga melibatkan penyanyi yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat bersama jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya terlerai.

Menurut sumber yang juga saudara terdekat kepada jurulatih bola sepak itu, rumah tangga Fyna dan Zainal telahpun menemui titik noktah apabila pasangan terbabit dilaporkan sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.

Manakala, punca perceraian adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan madunya, Datin Zalina Zaini.

“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu,” katanya.

Terdahulu, anak perempuan Zainal yang dikenali sebagai Zahira Aisyah menerusi ruangan komen balas sebuah portal hiburan baru-baru ini mendedahkan, bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.

Zahira tampil mendedahkan perkara sebenar selepas portal terbabit memaklumkan bahawa Fyna dan ibunya kembali berdamai.

Malah, menerusi hantaran di ruangan Facebook miliknya, Zahira juga ada memuat naik hantaran seolah-olahmemberi bayangan bapanya sudah membuat keputusan tepat untuk kembali kepada keluarga dan dia bersyukur dengan ujian ini sekaligus berharap agar rumah tangga ibu bapanya kembali erat.

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Pernah Berdamai, Anak Zainal Abidin Dedah Bapa Dah Ceraikan Fyna Jebat?

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

error: Content is protected !!